followers

21 Ogos 2011

Kenapa Allah menemukan kita dengan org yang salah?

MEMANG ALLAH SENGAJA...



Kita sering kecewa dgn cinta yang datang dan pergi... tapi bila cinta ada di depan mata kita, kita pula dalam dilema untuk menyambut cinta yang diberikan ... dalam fikiran hnya ada.. 


"adakah dia jodoh ku yang telah tertulis di loh mahfuz?"..
 jika aku terima dia, adakah aku akan menyesal suatu hari nanti?
 bolehkah dia bahagiakan aku?
bolehkah dia menjagaku sama seperti ibu bapaku menjaga aku ketika aku kecil?.... 


susahnya membuat pilihan... aku harap.. dia akan dapat yang terbaik untuk dirinya... dan aku juga akan jumpa dgn org yng sepatutnya menjadi penghuni hati ini... kadang2 kita terfikir.. kenapa Allah sentiasa menemukan kita dengan org yang salah... kenapa??? huhu... bila difikir, direnung.. rupa2 rupanya....






memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan laranganNYA. PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.




Related Posts with Thumbnails