followers

20 Mei 2011

AKHIRNYA...

Wah.. akhirnya laptop cik arnab yg dah season umurnya tu dah menunjukkan bahawa dia ingin digantikan dgn yg baru..huhu.. sabar la encik laptop.. gaji pun belum nih... tetiba jadi biru.. samapi biru mata hitamku..hahaa...

laptop dah xleh bukak..dia tulis "system down completely" apa nak buat? wawawa...

report orientasi ada kat situ.. untuk 2 bulan lak tu..wawawa... abesla cik arnab...

15 Mei 2011

Jangan mencari yang sempurna

Cik arnab nak share dgn korang.. satu artikel ni.. kwn2.. bukan senang nak dapat apa yg kita nak.. tapi senang untuk kita hargai apa yang kita ada.. usah mengejar sesuatu yg belum tentu jadi milik kita... tetapi, jagalah, belailah sesuatu yang sudah azali ditentukan olehNYA untuk kita.. selama-lamanya...


Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

 Begitulah juga .........  Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....  

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....  Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

 Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.  Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....  

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.  

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....

sekali ku jatuh  cinta.. selamanya ku mencinta..

11 Mei 2011

REAKSI ANDA BILA ORANG MINTA DERMA


semalam lepak ngn cikgu jeff, khairil, dila n ayu... 

tgh syok2 makan, kitaorg didatangi oleh seorang pakcik tua yg bertongkat.. so, dia telah memegang sekeping kertas yg bertulis lebih kurang gini konklusinya "TOLONG DERMA, SELAGI TAK DERMA GUA TAK BLAH".

hihi.. xderlah dia cakap direct gitu.. tapi kami yg golongan cendekiawan ni dah memang cukup paham dgn statement2 peminta sedekah ni..

so, kalau korang berada di tempat kami, adakah korang akan derma?

apakah reaksi korang if org datang minta derma? muka korang cane? kerut2 tak?hihih...CER CITER...

09 Mei 2011

istikharah cinta

jumpa lagu ni dalm fb tadi... jom layan... suka kata2 ni..

cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri menjadi mawar
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibah..


CIK ARNAB KEMBALI..


cik arnab is come back!!.. ting!!!siap berkilat2..macam power rangers dah..hihi..apa barang sedeyh2.. barang yang lepas jgn dikenang..hihih.... so.. mo0d ceria tu mesti mari balik ok...hehe..

tadi cik arnab ter perasan bahwa cik arnab dah terlebih feeling skit minggu nih..

well.. itu bukan sifat azali cik arnab tu,,

hidup mesti ceria...

n satu lagi.. cik arnab dah rasa ok skit dr segi stress pasal keja.. sebab apa?? sebabnya.. ada sorang hamba Allah bagi tau cik arnab yang ayat dia berbunyi..

"ko fikir satu jer... ko keja.. stress, byk keja n ko fikir.. nape la keja aku ni byk sgt.. ko trus set kan mind ko yg ko keja sebenarnya nak cari rezeki... rezeki yg halal..dan yang paling penting.. rezeki yg ko dapat tu akan jadi darah daging ko.. kalau ko keja xikhlas n asyik stress je.. rezeki yg ko xdpt tu xhalal.. n tu yg akan jadi darah daging ko..


serta merta cik arnab pun terpikir.. ada betul minah ni cakap.. org cakap.. kita keja ni mestilah lillahitaala...
kerana Allah s.w.t..

so kpd geng2 cik arnab yg sentiasa tensen dgn keja yg melambak2 dan bertimbun macam baju korang yang xbasuh dalam bakul tu... cik arnab nak korang pikir sejenak... inilah landasan yg korang pilih.. korang mesti lalui masa yg susah utk kecapi kesenangan hari depan.. Allah s.w.t itu maha adil, Dia xkan uji hamba dia dgn ujian yg tak tertanggung oleh hambaNya.. insyaallah.. kita akan berjaya atasi semua masalah, dugaan dan cabaran yang Dia berikan pada hambanya...sentiasa berdoa kepadanya untuk dipermudahkan segala..

inilah dia geng cpr.. 



Related Posts with Thumbnails