followers

28 Oktober 2011

EN. KURA2...





salam.. semua..cik arnab rindu nak tulis kat blog.. lama xjenguk blog sendiri..hehe.. kena wat house keeping..hihi..

Alhamdulillah.. banyak perkara yang baik berlaku pada cik arnab akhir2 nih.. cik arnab dapat sambung belajar dekat upm.. hmm..nak kata sambung tu tak la jugak kut.. duk upm ni 6 minggu sebab under satu program PITO. program ni tuk cikgu2 yang berminat nak sambung atau nak tambah opsyen..cik arnab mmg major in math..tapi sengaja nak tambah opsyen kh..hehe.. asalnya pakai isi je borang..igt xdpt, sekali ada rezeki drpd Allah.. so, cik arnab dipilih sbg salah seorang drpdnya..

benda kedua yang paling bermakna bg cik arnab ialah... Allah telah pinjamkan perasaan yang indah kat cik arnab.. walaupun cik arnab tau perasaan tu xkekal.. tapi insyallah cik arnab akan jaga apa yang ada sekarang..

rasa disayangi dan dicintai.... perasaan tu ada dlm diri cik arnab skrg.. indah bila bercinta.. itu kata org.. tp bg cik arnab.. cik arnab rs sangsi, curiga dan was2 xtau nape.. mungkin takut pengalaman dulu berulang kembali.. cik arnab ada satu cerita nak dikongsi bersama.. mungkin boleh dapatkan pendpat drpd para blogger..

cik arnab dah jumpa en kura2 yg cik arnab cari selama nih... lambat sgt dia muncul...

tapi yang xbest bila ada sesuatu yg xbest berlaku...

satu hari tu cik arnab keluar makan dgn en kura2..then cik arnab jupa sesuatu dlm begnya... 2 bentuk cincin yang ada tulisan/puisi cinta atas cincin tu.. cantik... romantik sgt...mesti korang ingt cincin tu utk cik arnab kan? aah.. cik arnab pun igt gitu.. pastu cik arnab cuba sarungkan kat jari manis cik arnab.. tpi sygnya... cincin tu bukan kepunyaan cik arnab...dan cik arnab dah dapt penjelasan drpd en kura2 ttg cincin tu.. dia mengaku bahawa cincin tu milik dia dan ex dia... agak terkesan di hati cik arnab bila dia bgtau sedemikian.. sedeh.. kenapa dia masih simpan kenangan dia dgn yg dulu..

dia bgtau cik arnab, itu kenangan lama dia.. sbg simbol heartbreaker... sbb dua2 cincin ada dgn dia.. dia pegang kata2 atas cincin tu.. puisi cinta yg dia ukir atas cincin tu.. dia ckp dia xkan buat perkara yg sama dia buat kat ex dia dulu kat cik arnab...

cik arnab hargai kejujuran dia ngan cik arnab.. tapi entah la.. PATUTKAH KITA SIMPAN KENANGAN LAMA? kalau itu akan menyakitkan hati org yg kita syg.. mmg semua org ada simpan kenangan lama dgn kekasih lama kita kan? tp bila org yg kita syg dapt tau atau jumpa dgn barang2 tersebut, agak2 diorang akn sedeh x?huhuhu...


en kura2 tny apa yg cik arnab nak dia buat.. dlm hati cik arnab nak je ckp... BUANG!!! tapi tak sanggup nk ckp.. huhu.. tiap kali dgn dia, cik arnab akan fkir ttg cincin tu.. huhu...adakah kenagn lama lagi penting drpd cik arnab??sbb cik arnab tau dia masih lg simpan semua kenagn2 tu...huhuhu...

21 Ogos 2011

Kenapa Allah menemukan kita dengan org yang salah?

MEMANG ALLAH SENGAJA...



Kita sering kecewa dgn cinta yang datang dan pergi... tapi bila cinta ada di depan mata kita, kita pula dalam dilema untuk menyambut cinta yang diberikan ... dalam fikiran hnya ada.. 


"adakah dia jodoh ku yang telah tertulis di loh mahfuz?"..
 jika aku terima dia, adakah aku akan menyesal suatu hari nanti?
 bolehkah dia bahagiakan aku?
bolehkah dia menjagaku sama seperti ibu bapaku menjaga aku ketika aku kecil?.... 


susahnya membuat pilihan... aku harap.. dia akan dapat yang terbaik untuk dirinya... dan aku juga akan jumpa dgn org yng sepatutnya menjadi penghuni hati ini... kadang2 kita terfikir.. kenapa Allah sentiasa menemukan kita dengan org yang salah... kenapa??? huhu... bila difikir, direnung.. rupa2 rupanya....






memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan laranganNYA. PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.




24 Julai 2011

i love the way i am now

Don't mess with me coz i love the way i am now...

hati tak sedia nak terima sesiapa lagi setakat ni, jadi tlg jgn ganggu saya dgn cuba bagi saya peluang untuk suka pada awak..

awak hanya akan sakiti hati saya, lebih baik awak xkenal hati saya daripada awak permainkannya..

saya xnak rasa lagi sekali.. cukup sekali.. awk cari org lain yang boleh bagi awk rasa bahgia dan rasa sempurna  dan org tu pastinya bukan sy..




10 Julai 2011

rejected

How it was been rejected easily by a person dat u admire most??? it is really bad?
now.. i already noe how was it..

he wants me to be his friend like before... can i??? can u??


09 Julai 2011

soklan ooo soklan...

cik arnab penat ah.. ngah buat soklan exam utk math form 2.. haishhh.. sekolah cik arnab ni, exam lagi sebulan, dah kena siapkan soklan exam.. amacam? advanced x?hehe.. cik arnab tny geng2 sekolah lain, diorg still relex jer.. xbuat per2 pun lg.. apelah nasib cik arnab nih.. saborr jela...

so, saya yg mengikut arahan la.. buat2,, sampai dah naik juling mata nih tgk kertas exam nih.. adjust sana.. sini plak xbetui.. eee... bosan.. sape2 nak tgl cikarnab?? heee...

bosan la plak duk umah hr ni.. nak kuar xder org nk ajak kuar..hmmm...hehehe...

bilik dah siap kemas.. baju dah basuh.. apelagi nak wat nih.. haaa..... tdo!.. zzzzz.....hehehe

08 Julai 2011

BERSIH?? CLEAN?? CUCI?

Wah.. kaget teman tgk blogspot ni dah lain sgt..hehe.. nak nulis pun terketar2..hehe...dah lama sgt xmenulis di blog ku ini.. rindu pula..


disebabkan hal2 yang agak teruk berlaku baru2 ini.. so, cik arnab dah jadi xder mood nak menulis disini.. tapi bak kata member cik arnab.. jgn korbankan minat sy atas apa yg berlaku.. 


xpelah.. so sekarang hati saya dah jadi kering dah.. dah xkisah lagi dgn hal2 seperti itu... malas nak amik port.. yang penting kerjaaaa!!!!.hhehe... cukup2 lah dah stresss pasal keja.. xnak stresss lagi pasal hal2 yang akan buat cik arnab rasa teruk..


apa yang menarik minat cik arnab... minggu lepas.. kwn tempat keja ajak join perhimpunan bersih.. cik arnab dan2 je ckp "jom"..hehehe.. sbb mmg awal2 xtau aper itu bersih.. so, bila dah heboh satu malaysia tentang bersih ni.. seolah2 fenomena "justin bibir" bagi budak2 sekolah cik arnab, maka cik arnab pun slow2 buka internet n surf pasal bersih ni...takut nanti org cakap katak dalam kasut vincci plak( bukan katak bawah tempurung dah)..hehe


bila dah "mentelaah" sedikit sebanyak artikel yang ada.. cik arnab rasa.. perhimpunan ini adalah lebih elok jika dibatalkan saja... ini pendapat cik arnab jela.. sbb cik arnab sayangkan malaysia.. tak nak tengok rakyat kita berpecah belah.. "tak kan melayu hilang di dunia" tu pepatah hang tuah yang kata.. tapi kalau hang tuah hidup lagi sekarang, dia pun dah xberani nak bagi statement gitu setelah tgk sikap kita, sikap rakyat malaysia pada hari ini... 


cik arnab harapkan, tidak berlaku apa2 perkara yang tidak sepatutnya esok sebab perhimpunan bersih tu tetap diteruskan.. kepada semua kwn2 korang duk je rumah yer.. jgn kuar mana2.. jaga diri anda masing2...harapnya lepas abis perhimpuan 2 jam tu, semua orang balik umah tido n cik arnab boleh la kuar p shopping..hehe...


abg2 polis sedang lepak2 hehe... esok dah xleh lepak gini lg yer

uih.. semua no entry.. nak buat no entry kat pintu bilik gak la..hehe

...no komen...






p/s: saya betul2 sayangkan malaysia.. rakyat malaysia.. jangan berpecah!!!













20 Mei 2011

AKHIRNYA...

Wah.. akhirnya laptop cik arnab yg dah season umurnya tu dah menunjukkan bahawa dia ingin digantikan dgn yg baru..huhu.. sabar la encik laptop.. gaji pun belum nih... tetiba jadi biru.. samapi biru mata hitamku..hahaa...

laptop dah xleh bukak..dia tulis "system down completely" apa nak buat? wawawa...

report orientasi ada kat situ.. untuk 2 bulan lak tu..wawawa... abesla cik arnab...

15 Mei 2011

Jangan mencari yang sempurna

Cik arnab nak share dgn korang.. satu artikel ni.. kwn2.. bukan senang nak dapat apa yg kita nak.. tapi senang untuk kita hargai apa yang kita ada.. usah mengejar sesuatu yg belum tentu jadi milik kita... tetapi, jagalah, belailah sesuatu yang sudah azali ditentukan olehNYA untuk kita.. selama-lamanya...


Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

 Begitulah juga .........  Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....  

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....  Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

 Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.  Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....  

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.  

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....

sekali ku jatuh  cinta.. selamanya ku mencinta..

11 Mei 2011

REAKSI ANDA BILA ORANG MINTA DERMA


semalam lepak ngn cikgu jeff, khairil, dila n ayu... 

tgh syok2 makan, kitaorg didatangi oleh seorang pakcik tua yg bertongkat.. so, dia telah memegang sekeping kertas yg bertulis lebih kurang gini konklusinya "TOLONG DERMA, SELAGI TAK DERMA GUA TAK BLAH".

hihi.. xderlah dia cakap direct gitu.. tapi kami yg golongan cendekiawan ni dah memang cukup paham dgn statement2 peminta sedekah ni..

so, kalau korang berada di tempat kami, adakah korang akan derma?

apakah reaksi korang if org datang minta derma? muka korang cane? kerut2 tak?hihih...CER CITER...

09 Mei 2011

istikharah cinta

jumpa lagu ni dalm fb tadi... jom layan... suka kata2 ni..

cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri menjadi mawar
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibah..


CIK ARNAB KEMBALI..


cik arnab is come back!!.. ting!!!siap berkilat2..macam power rangers dah..hihi..apa barang sedeyh2.. barang yang lepas jgn dikenang..hihih.... so.. mo0d ceria tu mesti mari balik ok...hehe..

tadi cik arnab ter perasan bahwa cik arnab dah terlebih feeling skit minggu nih..

well.. itu bukan sifat azali cik arnab tu,,

hidup mesti ceria...

n satu lagi.. cik arnab dah rasa ok skit dr segi stress pasal keja.. sebab apa?? sebabnya.. ada sorang hamba Allah bagi tau cik arnab yang ayat dia berbunyi..

"ko fikir satu jer... ko keja.. stress, byk keja n ko fikir.. nape la keja aku ni byk sgt.. ko trus set kan mind ko yg ko keja sebenarnya nak cari rezeki... rezeki yg halal..dan yang paling penting.. rezeki yg ko dapat tu akan jadi darah daging ko.. kalau ko keja xikhlas n asyik stress je.. rezeki yg ko xdpt tu xhalal.. n tu yg akan jadi darah daging ko..


serta merta cik arnab pun terpikir.. ada betul minah ni cakap.. org cakap.. kita keja ni mestilah lillahitaala...
kerana Allah s.w.t..

so kpd geng2 cik arnab yg sentiasa tensen dgn keja yg melambak2 dan bertimbun macam baju korang yang xbasuh dalam bakul tu... cik arnab nak korang pikir sejenak... inilah landasan yg korang pilih.. korang mesti lalui masa yg susah utk kecapi kesenangan hari depan.. Allah s.w.t itu maha adil, Dia xkan uji hamba dia dgn ujian yg tak tertanggung oleh hambaNya.. insyaallah.. kita akan berjaya atasi semua masalah, dugaan dan cabaran yang Dia berikan pada hambanya...sentiasa berdoa kepadanya untuk dipermudahkan segala..

inilah dia geng cpr.. 



22 April 2011

MURIDKU PONTENG ANGKARA JUSTIN "BIBIR"

Apa ler best nyer justin bibir tu? budak skit punya jambu gitu pun ada org minat ke?
haishhh... langsung x up to date la cik arnab nih... cik arnab, skrg zaman justin bibir ok..

ok laa... cik arnab ni kolot skit... al kisah nyer..

ada latihan koir kat sekolah tadi.. tapi bila dihitung2.. wahid, isnani, salasa... ik, eng, sang.. sor, duo tigo...

aik??? apsal budak2 koir ni macam skit jer?

pelajar: cik, lim tong xdatang koir cikgu.. sbb diorg nak g tgk justin bieber ngan selena gomez.. diorang kuar pukul 5 ptg lagi.. so, diorang takut xsempat..diorang xdatang la sekolah..


lau sekolah cik arnab.. ada pelajar yang tak datang.. kena buat surat dan parents kena datang utk sahkan ketidakhadiran anak mereka.. haha.. bayangkan mak dia nak cakap apa dgn penyelia petang? antaranya:


dialog mak pelajar 


 cikgu, anak saya tak hadir semalam sbb dia duk meracau nak pergi tgk justin bieber..
cikgu, anak saya tak hadir sebab ada hal peribadi...
cikgu, anak saya tak hadir sebab ada appoinment(tapi tak cakap appoinment dgn doktor)

kuat jugak penangan si justin ni... silap haribulan mak dia pun duk join sama menjerit.. "justin..i love u"haha..

tadi ada g bilik member serumah cik arnab.. kak dila.. dia pun ngah layan lagu justin bieber..haha...
dasyat2.. kaya btul dak jambu justin bieber ni..

layan lagu ni sat.. baby.. baby.. baby ohhh...

...................................................................................................................................................................
semalam cik arnab kuar ngn geng cpr lg.. kali ni kami telah menambahkan dosa yang telah kami ada.. hihi.. gosssipppp.!!!! apa lagi.. nama pun pompuan.. xlekang dek gosip.. mcm2 kami cerita,.. sampai pelayan restoran tu datang..

 "boleh saya amik pinggan yang dah tak diguna ni" (amboi.. halau nampak?)


ok la.. so kami telah mem "blahkan" diri kami bila pelayan2 kat restoran madam lim tu dah jeling2 maut dekat kami.. ok fine.. saya akan balik sekarang..hahah

gambar? of course... lau xbergambar tu bukan cik arnab ok.. tapi.. cik arnab cakap kat korang.. mmg la.. ABC Nyonya dia mmg terbaik... fuyo... best.. nak pengsan rasanya.. silap haribulan, leh koma...hahaha.. melawak jer.. rasa nak makan lg ar.. hihih... jom ramai2 ke jusco maluri jika anda inginkan masakan orang melaka... xperlu pergi jauh... member cik arnab, ayu makan mee goreng malacca.. katanya best sampai menjilat ibu jari kaki.. haha...

Pose gedik mesti ada...haha..



antara gambar2 yg menimbulkan rasa meluat lelaki bila tgk..haha.. ada "awok" kisah?haha


tomyam mangkuk putih.. abc nyonya terbaikkk...
nampak sgt lapar dak baju hijau tu..haha.. jgn mara...


muka cute a.k.a innocent.. haha..


malacca mee.. 

19 April 2011

" aku benci blog nie"

nape rase terlalu benci? seyes.. cik arnab benci giler blog nie..."aku benci blog nie"... xsukaaaaaaa....

bila dah xsuka tu xsuka laa... nape nak tau plak?

korang xtau sbb korang xrasa apa yang cik arnab rasa...

tapi lau korang nak tau nape cik arnab teramat membenci blog kat ata ni.. korang link r kat sini...

cik arnab dah menyampah nak citer kat sini.. asyik marah memanjang..

korang layan.. n korang akan tau nape cik arnab jadi gini... layannnnn

18 April 2011

Kesan minum ais..jom baca...

Masa duk layan fb td.. jumpa satu fb yg share psl benda ni.. cam tertarik.. tp mmg bagus pun dia bgtau info nih..dulu..setahun cik arnab xminum ais,, sbb pantang xnak gemuk.. tp xtau nape skrg cam addicted sgt ais... uih.. bahaya... kang kembang lg badan cik arnab ni... so,, kwn2 uuols berhati2.. jauhkan ais drpd diri anda... kalau boleh, campak ke laut je peti ais anda tu.. hihi.. or cara berkesan dia, xpayah buat air batu kiub2 yg dalam bekas plastik dalam peti ais tu.. 


lau kat umah kg, selalu pesan kat bonda... jgn minum ais.. nt sakit lutut tu..hihih.. tp bonda nya tetap degil..hihih.. like mother like daughter...wut can i say..hihi.. ampun bonda..hihi..so, uols.. jom layannn



Kesan Minum AIS

Baca dan terus sebarkan kepada teman dan kenalan anda.   

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas .... 

Artikel ini berguna untuk semua.

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!. 
Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah 
akan mendapat faedah dari amalan ini. 

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca.   Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. 
Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak 
yang baru kita makan.  Ia akan memperlahankan penghadaman kita.   
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan   menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan   menuju  ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT. 
Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.   

:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!! 

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.   
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.   
Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada 
serangan pertama  serangan jantung.   
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa.  Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.   
Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..   
Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup... 
PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa. 
Baca ini..... ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!. 

17 April 2011

MAKE UP? XPENTING...

haih.. scary aku tgk diorg ni make up



cik arnab kuar ngn geng cpr yesterday.. best..hihih.. tp ada satu benda yg cik arnab lupa nak bawak.. BEG MAKE UP! hahaha.. mcm poyo n gedik jer..

xdelah.. biasalah bila kuar mestilah kena pakai bedak skit.. lau x.nmpk sgt muka bachin br bgn tido kan?  pompuan biasala mesti la nak cantik2 walaupun bukan di depan mata bf dia.. lau xpakai bedak n lipstik secalit kat bibir rasa cam nak demam je.. hahah


cik arnab: awk, sy nak balik jap..nk amik beg make up
khairil: alah!, buat apa make up..xpenting semua tu
(!@$%$#.....lau dia jadi pompuan br dia tau betapa pentingnya beg make up ku tu..hahhaa)

make up? xpenting?hurmm...

16 April 2011

Menang Award Follower ke 88... oh yeah..

Create your own banner at mybannermaker.com!

wah.. rasa bangga nyer cik arnab sbb dapat jadi follower Aku Dan Realiti.. jadi follower yang ke 88.. katanya no feberet dia..hihi.. no feberet cik arnab ialah no 2 n 7.. hihi.. cik arnab pun belum sempat nak wat award lg.. nt nak wat award ugak ler..hihi... award kwn blogger selamanya.. hehehe.. 

tq again pada  Aku Dan Realiti. yang sudi bg cik arnab award nih... 

teruskan ber bloggingn blogwalking yer... 

nice to noe u...

15 April 2011

BEN ASHAARI GEGAR LAGI




Jom join contest nih.. cik arnab pun berminat.. bukan pape..saje nk tmbhkan kenalan melalui blogger2 hebat..hihih... so, jom tambahkan kenalan maya anda..hihihi..

if nak tau lagi.. layan blog BEN ASHAARI.. layannnn...



11 April 2011

mee sup dlm kenangan...

cik arnab nih..keja xmau dibuat.. blog rajin lak dia update... ape ker hey nyer... bior ler..

hari ni penat la g sek.. awal2 pagi dah kena g sek.. tuk balut hadiah sempena minggu sains dan matematik kat sekolah ritu... banyak gak hadiah yg perlu dibalut... cik arnab sbnrnya mmg suka acara membalut  hadiah ni.. lau kat umah kat kg.. cik arnab memegang jawatan tetap tukang balut hadiah tuk mak cik arnab yg nk g kenduri kawin org kg.. hhihi.. layan jela.. mak ckp.. dah ajak xmau pegi.. nah! amik hadiah ni,, balut cantik2..hihih.. baikkkkk...

tadi acara membalut disertai dgn jayanya oleh cik arnab dan kawan "nida" hehe..kami membuat keputusan untuk tidak mengendahkan hasil eksperimen kerana matlamat kami yg paling penting adalah untuk menyiapkannya saja..pada pandangan kami berdua.. cukup saja hadiah itu berbalut kerana kami pun xder masa nk touch up sini sana hadiah tu..last2 budak2 buang ke tepi jugak.. tak ke sedeh dan robek hati kami nanti?? haha.. (cover sbb balut hadiah xcantik td sampai abg makmal tu jeling2 tgk kami balut hadiah dgn rakusnya)

berita paling hepi cik arnab terima hari ni...

" book review sapa yg kena hari rabu ni ditangguhkan ke hari jumaat"

haha..yes2.. yabedabedo0.. yeehaa.. xyah la buat lg.. leh enjoy dulu

mau enjoy? buku bertimbun xtanda ag.. uish... tp blog kena update..hihih..

masuk kelas tadi cik arnab mmg seyes.. mmg dah niat dlm hati.. mulai hari ni cik arnab nak seyes dah.. xmau lawak2.. xmau soley2, xmau bakor2 ngn dak2 ni lagi.. nanti diorg naik kepala...

sorg budak dtg tegur cik arnab
" cik mai.. kenapa cikgu bad mood hari ni? xder soley2 pun?"

hihi.. yess.. berjaya watak yg dimainkan td.. akulah pelakon terhebat..hihih...suka2..

dlm suka ada juga yg xsuka terjadi hari ni bila khairil kol cik arnab ajak makan mee sup free kat bilik kh... tp tiba2 terpaksa ditangguhkan dan terus jauh drpd mee sup tersebut di atas sebab2 yg tertentu yg xdpt dielakkan.. ituler nmnya xder rezeki yer akak2 sekalian....hoho

balik je sek.. trus g cari char kuew tiaw..tmpt kami selalu lepak lepas abis keja.. alhamdulillah..kenyang jugak...hihi

10 April 2011

CARA NAK RELEASE TENSEN BUAT SEKETIKA..

Haa... cik arnab tau koranr semua mesti ngah tensen dan mengharapkan tips2 utk menghilangkan tensen bila membaca entri in buka????hehehe.... lau nk tau ape cik arnab buat utk hilang tensen dah tambah tensen..jom lyn entri ini...yeah2...

Semalam cik arnab kuar ngn kengkawan2 lepas hari anugerah cemerlang.. kitaorg pergi makan ikan bakar meletop kat pandan indah lau xsilap... layan jugak ikan bakar dia..mmg best.. puas hati gak la..maybe time tu kitaorg lapar kut... dah siap makan ikan bakar.. kami pun tiba2 terbuat keputusan yg tragis untuk berhenti beli durian dan makan durian tepi jalan..sungguh syok... kami berposing dah bergambar sepuas hati kami.. cik arnab dah rasa mcm xsihat.. tp sebab terlampau kepingin dgn durian yg dibelanja oleh ayu maka cik arnab pun telah memakan durian tersebut dgn rakusnya...hihi...

 at ikan bakar meletop


aumm... xsabar nak mamam...


makan jgn makan...
wif  khairil, alias, ayu n dila..

doroyan..doroyan sudah luriuh..hehehe


yummy...wif ayu n dila

 lepas tu kitaorg ke satu tempat yg disuggestkan oleh slh seorg drpd kami utk ke ROMANTIKA..katanya tempat yg sesuai utk org yg dah nk kawin?? ape ker hey nyer yop?? mmg la sbb kwn kitaorg ni dah dilamun asmara n nak kawin xlm lg.. so, kitaorg pun usha la tempat nih... best jugak.. mmg semua brgn2 yg dijual untuk tatapan umum dan untuk org yg minat menghias rumah mereka ala2 garden style gitu...

kami?? apalagi.. xleh tgk tmpt2 yg sesuai kami aplikasikan gaya2 model kami.. so snap sana snap sini... hehe..sampai makcik kat kaunter tu dah mula jeling2 kat kami..lebih kurang gini la monolog dlaman dia,.

"eh, budak2 ni dari mn nih? dah mcm org asli teman nengok..duk klip sana, klip sini... "

dah masuk tempat mcm tu, mesti la kena bli something.. malu lak rsnya lau xbeli paper.. kami ni mmg ngah sengkek.. mmg gitu la ayat kami.. bila hari pertama masuk gaji mmg semua di kalangan kami akan teruja dan gembira yg amat... tapi bila dah smnggu berlalu selepas gaji masuk.. dialog kami adalah "uih.. aku dah sengkek niih.. bulan ni mcm2 aku kena bayar.. ptptn, bg mak ayah, blanja bopren, gurpren..asb.."uih.. hehe
yela.. sape2 pun gaji mesti xpenah cukup kan..hihi.. manusia2..

at Romantika..cik arnab..pantang tgk bear..hihi
 

nakk... nak wat peluk.. hehe..ngada2


puteri bunga plastik..kiki


pose manja + gedik ..haha..ada aku kesah?


kamila..puteri dari cpr..hehe



cik arnab di alam bunga bungi..


peace...


dgn bangganyer.. cik arnb adalah pemenang lukisan yg paling cantik di alam semesta..haha.. lukis rumah pun jadi kereta..ada hati jadi pelukis terkenal..kiki


balik drpd romantika tu plak..singgah sat kat jusco sbb nak cari buku utk book review rabu ni.. rasa cam nk pitam cari buku tu.. last2..buku yg menjadi pilihan hati ialah

tadi cara untuk mereleasekan tensen..so skrg ni, dah tiba tuk cara menambahkan tenzsen..hihi...so, skrg.. matlamat adalah nk siapkan book review ttg buku nih tula tensenya sbb buku ni dlm english..adoyai.. satu kojer plak cik arnab nk memahamkannya.. tp xper.. bak kata ucop wilcha.."ituler pentingnya english eductaion.."tak gitu?..hehe.. aperlah hasilnya nt.. wawawa.. nk kena bercakap 15 minit tanpa henti nih..hihi...  layan jela... buat sehabis baik..yeah!

04 April 2011

CIKGU SERBA SERBI

hari ni seawal pukul 620 lg dah bgn... awal 10 minit dr selalu..hihihi... sbb nak spent time iron baju.. yerla,. cik arnab kena g tournament badminton.. bawak dak2 sekolah g lawan badminton... adela dalam 8 org.. syok gak sbb xyah g sek..hihihi, suka ponteng sekolah..hik3... hari ni rasa sgt2 xsihat sbb cik arnab demam selesema..hachhummm! haa.. dgr tue.. srettttt..srettttt... hishhh.. siksa btul la... xperlah, kan ker sihat sebelum sakit.. sakit tu pun penghapus dosa kecil..

byk gak sekolah men td,, xterkira.. tapi tournament stat pukul 8 pg, non stop sampai kul 5.. dasyat!.. cik arnab xderla seterer dato nicol david... eh? silap.. dato nicol tu squash.. itu kepakaran masa tadika.. alar.. cik arnab ni xder ler terer mcm dato lee chong wei.. tp setakat lawan ngn jaguh kampung tu, boleh la kasi diorg nangis..hihi..


tadi budak2 tanya.. "cikgu, sebenarnya cikgu ni pandai ke men badminton?"
eh? ni soalan perangkap ni.. kang nk bgtau xberapa pandai..malu ler teman.. hihi
" nape tny gitu? nk try ke? jom... "hihi..bujet btul cik arnab ni..
seb baik budak tu xajak cik arnab main btul2.. kalau x, mahunya budak tu nangis teresak2 mendesak supaya cik arnab bg dia menang..hik2...

alar... cikgu pun smla mcm insan biasa.. ada yg benda dia pandai..ada yg dia xder bakat langsung... tp kami cikgu cikgi ni  dah diterapkan dlm hati dan sanubari kami supaya sentiasa berkata" i can do it babeh"..hihih

cikgu ni kena jadi serba boleh:

doktor : bila kes2 kemalangan kecil berlaku di sekolah termasukla
            "cikgu, help me ..kuku ibu jari saya terguris cikgu"


kerani:  "ader sapa2 yang nak apply biasiswa?


makcik cleaner: "ketua..pastikan semua sampah dalam bakul sampah dibuang sblm balik"


alarm& diari: "esok bawak buku latihan 14 yer.. kita nak buat 100 latihan"


guru vokal: bila ada persembahan hari anugerah cemerlang yg memerlukan kepakaran guru sbg guru  
                 vokal..ganti cikgu siti hajar akademi fantasia..
                 "terpaksa mengeluarkan suara dari perut utk membolehkan pelajar2 menghayati  
                  kelantangan vokal cikgu.. hah! kalah ning baizura.. 


askar, tentera darat dan polis: bila ada latihan kawad kaki.."skuad... sedia!" check satu dua!..hihi




CIKGU UNGGUL CIKGU HEBAT.. KAMI GURU MALAYSIA... lalala.....hihihi

21 Mac 2011

nak jual satio sony ericcson

Hehe..cik Arnab dah beli dah henpon baru..henpon satio yg menjadi idaman kalbu ku..hehe..tp tetiba lak cik arnab rs nk jual..gedik tol.. hihi.. so, ada tak di kalangan blogger yang berminat nak beli satio cik arnab?or nk swap dgn xperia x10?? . henfon still in a good condition xder kesan calar langsung gitu... harga rm1100 sbb warranty ada lg 12 month n boleh runding lagi harga  if perlu..


satio nyer specification is:

* 3.5" 16M-color resistive touchscreen of 640 x 360 pixel resolution
* 12 megapixel state-of-the-art autofocus camera
* LED and xenon flash, active lens cover
* VGA@30fps video recording
* Symbian OS 9.4 with S60 5th edition UI, spiced up with a home-brewed homescreen and media menu
* ARM Cortex-A8 600 MHz CPU, PowerVR SGX dedicated graphics accelerator and 256 MB of RAM
* Quad-band GSM support
* 3G with HSDPA 7.2 Mbps and HSUPA 3.6 Mbps support
* Wi-Fi and GPS with A-GPS( GPS latest yg cik arnab br install)
* microSD card slot now available with 8 gb (up to 32GB)
* Built-in accelerometer
* TV out
* Stereo FM Radio
* USB and stereo Bluetooth v2.0
* Web browser has full Flash support
* Preinstalled Wisepilot navigation software
* Office document viewer




-software available in fon now:
--opera mobile 10
-- youtube
--facebook
--mobile downloaded file(tempat nk download theme or software)
--gamess..
--414 songs already in this fon




sesapa yg berminat.. leh komen kat blog cik arnab nih.. lau berkenan n berminat, leh tgk fon ni nanti..


serious buyer only k.. 


lau korang nk tgk gmbr nye...





hardcover diberi percuma..hehe



01 Mac 2011

KARENAH PELAJAR



Wah, tetiba rasa nak update blog.. sbbnya kat umah dah ada streamix.. dan sgt laju dr biasa..so kpd member2 yg still guna broadband..bertukarlah ke streamix..ternyata anda puas hati..lau xcaye leh potong kuku cik arnab nih..

ritu awal2 cik arnab tension sbb byk keja kan? haa... bila dah lama2 cik arnab get used to it... dah terbiasa buat keja banyak.. lau keja skit rasa mcm xsedap ati lak..haha.. poyo jer.. xderlah.. tekanan tu still ada tp dah berkurang la skit... dengan adanya sokongan drpd pelajar2 kesayangan cik arnab..

cik arnab suka sgt mengajar pelajarcik arnab yang memang ada keinginan utk belajar.. rasa diri ini dihargai tau..hehehe... cik arnab handle kelab badminton, persatuan sains n math, n badan beruniform PBSM hihi..cik arnab mmg addicted lau kawad..hehe.. lau ngajar dak kawad tu, cik arnab pun join sama sampai budak2 gelak, cikgu nape cikgu kawad lenggang? haha..eh, suka ati la.hehe...jeles la tu..(tgn dibahu sambil berkata"ada aku kesah?")..hahaha


dah la PBSM cik arnab ketua..hehe.. tp dah nama pun cikgu baru, mestila banyak kekurangan diri..terlupa in laa.. itu la.. lamabt hantar itu dan ini.. serta banyak lagi..heheh... selalu gak ditegur dgn cikgu2 senior n diorg sgt membantu cik arnab tuk jadi cikgu yg unggul..waduh!..hihi

ada sorg budak dlm kelas cik arnab.. cik arnab namakan dia Siti la.. siti ni aktif dlm kelas, suka buat lawak, kadang2 sampai cik arnab nak marah pun terkansel sbb lucu dgn mimik muka dan gaya dia..dia ni kira pandai amik ati cikgu la..lau kelas bising, mmg dia akan alert dulu n dgn suara yg kuat dan sinis dia akan bagitau "weh! korang xnampak ke cikgu kat depan tu? korang xreti nak diam lagi ke?"hihi..so dgn adanya dia, cik arnab rasa kelas tu underkontrol la actually..

siti ni lagak dia macam tomboy skit.. teringat plak masa cik arnab kecik2 dulu.. seb baik bila dah darjah 6 mak cepat2 pakaikan baju gaun sbb xnak jadi tomboy..hehehe.. 

dak2 pompuan ni suka puji cikgu diorg.. samaada ikhlas or tidak, cik arnab pun xpasti sbb diorg kalau bab menipu tu mmg pandai.. so, cikgu2 jgn termakan dgn sbrg pujian..semua itu dusta belaka..hehe.. hari tu cik arnab ada pakai selendang pergi sekolah.. macam biasa la.. dah masuk kelas, ada dak dalam kelas bgtau..

"cikgu, cikgu xcantik pakai selendang.. xpayah pakai lagi la.."
(amboi..suka ati dia jer nk kutuk cik arnab.. penat2 kita pakai dia kutuk kita..xsempat cik arnab nak balas balik)

"oi..ko pe hal.. biarlah, aku suka cikgu pakai gitu..nampak cantik per.."
(hehe.. sejuk balik)

diorg ni kan pompuan..so keja diorg kutuk pakaian cikgu jela..lau cikgu pakai baju sama utk minggu depan tu..mesti diorg kutuk.. "eh, cikgu tu dah pakai baju tu minggu lepas"..hahah.... lau igt balik..sama mcm apa yg pernah cik arnab ngumpt kat cikgu masa sek men dulu..hihi..inilah org kata hukum karma... hihi.. naseb ler..


diorg ni ada tulis satu buku utk diorg ngumpat kalangan diorg dan utk mngumpat cikgu2 yang dorg xsuka..so misi cik arnab skrg adalah untk mendapatkan buku tersebut..hahah.. macam dalam citer "mean girls"
 plak... 

02 Februari 2011

APA TERJADI BILA KENDURI KAWIN DITERJAH OLEH GENG2 KAMI

Hahaha.. hepi plus bangga plus gedik plus minus divide multiply..haha.. melalut jer cik arnab.. "kompang dipalu...pengantin malu, duduk bersanding..tersipu2"haha..entah btul ke x lirik lagu tu, gasak saja..hihi.. berjaya juga misi kami utk sampai di rumah kawan kami yg kawin hari ni..wah... excited yg amat bila sampai... bukan excited tgk pengantin atau pelamin, tp excited tgk makanannnn...hahaha..al maklumla, perjalanan jauh, dah la duk makan angin jer sepanjang perjalanan sbb nomi asyik buka tingkap jer masa perjalanan..katanya save minyak n cik arnab tau, ianya baik utk menjaga alam sekitar kita.. nomi mmg pencinta alam sekitar..tp naik kembung juga perut kami..hahaha.. setibanya disana, kami melantak, opsss.. agak kasar bahasa itu, kami pun mentekedarah la pape yg ada di atas meja.. sambil ambil lauk, sambil telan air liur..hak2..



Dah siap makan kami pun masuk la dalam rumah nk tgk pelamin.. yang penting... pelamin mmg cantik.. pengantin pun cantik yg amat.. dua2 sama cantik dan sama padan, yg lelakinya sgt hensem.. hihi.. berbaloi buat kenduri besar2an..hihi.. kami pun duk sibuk2 nak amik gambar..mmg rsnya ada yg nyaris2 xnk kawan dgn kami sbb jeles dgn kami yg suka buat gamat bila ke majlis apa2 sekalipun.. bila dah jumpa geng, mmg xhengat dunia dan situasi kami ketika itu.. kami akan menjerit dan meraung apabila berjumpa seolah2 sudah 15 tahun terpisah..dan membuat aksi ciuman artis2 bila berjumpa, ciuman ke pipi kanan dimulakan dgn pipi kiri, kanan dan kiri semula..hihi.. dah macam separuh rumah penuh dgn geng kami saja..gamat satu rumah, hihi..tgh2 keadaan gamat tu, boleh pulak dgr dialog nih yg membuat kan kami semua bergelak ketawa dgn tidak mengontrol keayuan kami lagi..dialognya berbunyi begini

wani: ayu!!!bagi doh ko siso ko saem2 aku?

ayu(adik wani):  bagi doh!!bagi doh!!

hubby wani: siso 2 ape?

wanie: servinior ler..hehe

aku n da geng: kahkah!!! jange kato siso 2 see saw( jongkang-jongkit) sudeh!!!

(actually bila korang menghadiri majlis kawen org2 pantai timur, esp org kelantan, korang akan dapat sourvineer yang dipanggil "siso" hehe.. pastikan mulut korang memuncung dan berbentuk "o" apabila menyebutnya untuk pronounciation yang tepat)






ni la kawan cik arnab.. wanie namanya.. cun kan? nk tgk hubby dia? scroll di bawah..




sama cantik sama padan kan? hihi..



dlm supermarket pun sempat lg bergambar.. ini tidak menghalang geng2 kami drpd pose gaya kontrol ayu..hahah(tgh beli hadiah tuk kawan kitaorg sbb xsempat nk beli otw ke rumahnya)

ni la geng2 cikgu melaka.. comel2 kn? kiri masni dan kanan nomi.. diorg amik berkat naik pelamin.. nak suh cepat2 naik pelamin gak ler tu


last but not least...pose drpd kami berdua... hihi...nomi... congrate dah jadi cikgu kat melaka... nanti i akan selalu ke sana untuk menghuru harakan keadaan anda disanaaaaa..hihi.. wait for me ya!

31 Januari 2011

ASAL CUTI JE ADA ORG KAWIN..HAISHHH

Alangkah hepinya diri ini setelah berada di kg halaman tercinta..cik arnab rasa bahgia dan hepi yg amat...dapat jumpa org2 tersyg dan tenangkan fikiran jauh drpd keja yg melambak2 dan menimbun2..hihi.. walaupun kejap jer cuti tp xper, at least dapat lepas rindu terutama pada ibu tercinta dan ayah tersayang.. tak lupa pada si comel dan manja miasara... my sist n my all.. kak long n adik.. juga pada binatang..opss.. kasar bahasa tu..tukar2..erm..pada haiwan kesayangan cik arnab.. "atuk, manja dan comel juga hot janda..labu"hihi..kucing kesayangan..hik3..

walau perjalanan penat dan mengambil masa lebih kurang 10 jam..ok, cik arnab tipu sebenarnya..perjalanan lebih kurang 7 n 8 jam la.. penat tp hati dpt pujuk kepenatan tersebut sbb nak balik kg punya pasal..hihi.. ceh, macam perjalanan balik kg beraya jer..padahal raya cina.. excited tul cik arnab, kalah bro cina sblh umah cik arnab yang xbaik raya..haha.. ada i kesah?? hihi..


ciken chop selera cik siti.. ciken chop paling beshhh
 
dan yg paling beshh dpt hang out bersama kengkawan sekapal selamanya.. yg cik arnab dengki, lebih kurang 1/3 kwn cik arnab nak kawin cuti raya cina ni... ok, cik arnab tipu lg.. sbnrnya 3 org jer..hihi.. diorg jemput g majlis kawin diorg.. nak g ke x nih? kang cik arnab g, timbul bibit2 jeles dlm diri..hihi.. ok2 sbb amik ati n nak korang datang masa kenduri cik arnab nt, so cik arnab akan menghadiri majlis korang .hadiah?? mesti ke? wajib ke? nak kasi apa ek? igt nak kasi hadiah canggih2..hihi. jeng3..

nape asal cuti jer ada org kawin... nape x tukar je..asal kawin jer org cuti..opss....hihihi... jgn masa majlis nt dj men lagu cina "chikala toncang..toncang.."haha.. lagu yg selalu diputar2kn dlm shopping mall sampai cik arnab pun dah hafal lagu n lirik dia.. neway, tahniah tuk kawan2 yang akan kawin nt..KAK UMI, WANI, ROSMAHLINA.. bakal jadi puan.. gelaran cik dah ditarik balik..hihi..cik arnab ada lg title cik tu..jgn jeles..hihi..
Related Posts with Thumbnails