followers

29 Disember 2010

BETUL KE BOYFRIEND KAMU SYG KAMU?

Cik Arnab malas nak wat entry baru so cik arnab pun buka la satu laman web ni, mesti korang pun pernah bukak kan? blog tentang cinta ni memang best, cik arnab selalu gak ikuti dulu2..hihi.. skrg.. x sgt sbb bz..hihi.. tp malam ni rasa mcm nk tgk plak, saje releks2 otak skit..for more information korang leh layan blog tentang cinta ni.. cik arnab ada baca artikel ni, so nak share ngn korang.. sweet sgt n just the way i like ..for my future laling.. hik2..ngada2 cik arnab ni.tapi cik arnab rasa artikel ni terlalu memuji lelaki sgt, so jom kita ubah skit..hahaha..jom layan..


Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.
cik arnab: ada ke lelaki nak nanges lg tuk pompuan..haha.. mesti kontrol macho xnak nangeh..lau nangeh pun dlm bilik air,..kiki


Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.
cik arnab: lelaki skrg mn der nak susah sm2.. biasa nak senang je, yg susahnya kita kaum pompuan ni, selalu dibuli diorg..nak copy paste jer kejanya..haha..berdikari la skit wahai lelaki


Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.
cik arnab:haha.. xder maknanya.. diorg jer nk suh hati diorg terhibur..hati kita diorg jaga kejap jer, time nak ngurat tu, bila dah dpt,hihi, xde makna nak wat korang terhibur selalu, hati2 ek gurls.


Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.
cik arnab:ada ke lelaki suka bg nasihat? rsnya xbyk kut.. biasanya diorg akan ckp" u buat la pilihan yg terbaik" biasanya tu jela nasihat paling hebat drpd diorg..hik3


Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!
cik arnab: cemburu? xkut.. diorg akan cakap" i xsuka cemburu n i xkan kongkong u..haa.. tu maknanya diorg mmg xkesah pun kat korang..hihi..korang cari je yg lain k..hihi


Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!
cik arnab: mana ada lelaki bimbang akan kehilngn.. diorg leh cari penggnti dlm masa terdekat,percayalah..


Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..
cik arnab:sape suh korang cite? haha.. buat xtau jela..hihi.. tp bagus la laki tu lau sentiasa curiga kat korang, tp lau terlalu2 n sangt2 curiga, xleh gak


Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.
cik arnab: so, lelaki pun perlu menjadi pendengar yang setia utk kaum hawa jgk, kami perlukan anda utk mendengar bebelan kami.hihi


Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.
cik arnab: lelaki manja? hihi.. biasanya lelaki manja ni lelaki lembut, lelaki mestila macho.. matured..


Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!
cik arnab: xkan, teman lelaki jadi org yang terakhir, kawan korang dulu yang akan tlg korang.. 


Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.
cik arnab: lelaki akan hepi sbb dgn tiadanya korang hidup mereka akan bebas..yabedabedo0o..hihi..lau line fon xder lg bagus bg mereka.


Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.
cik arnb: biasa pompuan yg akan tanya "u syg i x" lelaki akan jawab "ni dah masuk kali yang ke 239 dah u tny, brp kali nk tny?"..huhu sian pompuan..


Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
cik arnab:lakonan semata2..jgn percaya dia letak eyemo


Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.
cik arnb:erm.. yg ni maybe btul..dia akan mementingkan diri kamu lebih drpd dirinya jika dia sayang kamu..love u more than u love him




p/s: sumbangan pendapat drpd housemate yg otak gile2..hihi
Related Posts with Thumbnails