followers

11 Disember 2010

SUrat dariPada seoRang gadis kepada fUture hUsbaNd....=)

Kehadapan bakal suamiku (harap-harap ada satu saja kamu).


Oh, Laling (boleh saya call kamu laling kan?)



Laling, saya tulis ini bukan sebab saya sangap nak kahwin 
laling, walaupun biological clock saya dah tik-tok-tik-tok
 –kesha dah dengan saya ni. Bukan juga untuk 
menyindir dan meletak syarat tinggi2 ala puteri 
Gunung Ledang laling, tapi nukilan ini hanya
 semata luahan hati saya.



Oh Laling (chewah geli pulak dah ni)



Laling, I hope time I jumpa you nanti, you dah bersedia
 nak settle down and kahwin. Wah laling, geli you baca
 statement I kan? Tapi laling, I tak suke couple-couple.
 Couple dua tiga empat lima tahun pun, last2 putus 
jugak. I tau laling, ramai lelaki ni couple sekadar
 nak melepas kesunyian je(berdasarkan survey).
 Maklum la kurang kasih sayang dari mak. Tapi 
tanggungjawab tak ada. Paling tak best kalau yang 
mau geli-geli aje. Eee tak suka la laling! Tambah
 dosa je tau kapel ni.



So kalau kita jumpa nanti laling, tapi saya jual mahal, 
laling jangan marah tau. Kalau saya tak boleh dating
, you mesej saya dalam Facebook pun tak pe. 
Jangan mesej2 gersang sudahla! Saya report sama
 itu Mark Zuckerberg!



Oh laling,



Kalau nanti saya first time jumpa laling saya tanya dah 
Solat Subuh ke belum, laling jangan marah tau. Wajib tau
 laling saya ni tak tinggal solat. Saya tengok rakan-rakan
 saya selalu merungut pakwe die tak bangun pagi. 
Hantar mesej “good morning” pukul enam pagi haram
 tak balas. Ring-ring telefon die tiga empat minit pun
 tak angkat. Last-last pukul lapan baru mesej macam
 orang mamai “sorry sayang, I baru bangun…makan jom.”
 Ohh!! Tampar laju-laju! Okeh laling, nanti kalau 
dalam proses mengenal diri saya miscall-miscall pagi2
 laling tak angkat…siap laling!



Pastu laling mesti tau Imam kan solat. Paling tidak surah
-surah Juz Amma pun jadilah. Qunut pendek Qunut 
panjang dua-dua mesti tau. Ye la, bukan ke kahwin ni 
macam bina masjid. Mana ada masjid boleh fungsi 
kalau takde Imam? Laling kata macamlah saya tak
 pernah tinggal solat? Eh, of cozz la saya tinggal solat
, saya kan perempuan. Kikikiki…



Oh laling,



Kalau awal-awal kahwin nanti saya masak tak sedap 
laling jangan marah ek. Biasa la, sebelum ni masak untuk
 mama and papa je. Dah diorg suka garam banyak
 tu, minyak banyak ni. Tup tap laling kata banyak 
sangat pulak. Laling, nanti laling tegur la baik-baik. 
Kata “masakan sayang sedap, lain kali kurang skit garam 
je.”. penat tau saya masak.
Jangan pulak asik2 makan kat luar sebab saya masak
 tak sedap. Paling kurang pun bagila buku reispi sebuah
 dua untuk hari jadi. Takpun periuk nasi Faber atau
 Elektrolux. Ni tak, asik-asik lupa je tarikh hari jadi
 dan hari anniversary kita. Sedih tau kita. Time ni la 
saya tunggu laling balas segala jerit perih saya masak dan
 jaga anak laling….



Oh laling,



Tau nanti tak lama lagi bila kahwin laling mesti mau
 anak. Kalau boleh satu pasukan bolasepak laling nak kan?
 Ye la, nanti boleh la jemput Chelsea datang KL buat friendly
 match! Anyway laling, I on je (wah terkejut kau!).
Tapi syaratnye laling kenalah tolong-tolong kemas
 rumah dulu, handle lampin anak sama-sama, paling 
kurang tolong hidang apa yang saya masak. Penat laling? 
Saya pon penat gak. Laling pikir, kerja saya 8-5 hari-hari.
 Balik rumah terus masak makan malam, tukar lampin
 anak kemas rumah, cuci pinggan, basuh baju…lepas tu 
kena layan laling pulak. Heisss…kalau kurang layan
 laling nak jadikan tu alas an pasang dua pulak!



Senang-senang laling, kita upah bibik sorang. Takpe laling,
 I bayar separuh you bayar separuh. Yang penting kita 
bahagia…ke laling bahagia?



Oh Laling,



Kalau nanti you jalan-jalan dengan I (of cozz lepas 
kahwin ok), laling jangan la malu nak pegang tangan.
 Ni saya tengok, pasangan suami isteri, suami jalan depan,
 isteri jalan punyelah kat belakang dengan anak-anak, 
laling. Paling tak best couple-couple muda remaja lalu 
sebelah boleh pulak bermesra-mesraan. Tangan tu 
lekatttt je kat pinggang ok.
Laling, kenapa kita tak boleh macam tu? Malu ke 
laling? Saya tengok suami Arab boleh je pegang tangan
 bini dia. Bini kemain purdah lagi.(of coz I taktau camne
 rupa bini die. Kot rupe cam Salma Hayek tak tau la).



Dan laling,



Kalau laling tengok awek-awek cun depan mata jangan
 la laling sweet-sweet jelling-jeling pulak. Kalau laling 
type yang gatal depan-depan saya laling pi usik dia
 lagi. Amboi laling, laling suruh saya pakai tutup aurat 
segala jadi wanita muslimah, tup-tap bila laling keluar
 dgn saya laling pi tengok yang baju singkat macam 
Fasha Sendat. Apa laling kata? “dia pakai macam tu
 laling tengok la?” Laling, dia pakai macam tu dosa dia
 dengan Allah aje. Tapi bila laling tengok laling pon
 tumpang dose sekali. Laling nak? Laling kata laling tak 
boleh tahan diri dari tengok? OK laling, next time kita 
keluar saya pakaikan blindfold ya. Dapat jugak
 pahala saya menghalang zina mata. Hihihhiihhi



Laling,



kalau you betul, betul sedia, I tunggu you lama-lama
 pun takpe. Maklum la I tau payah nak simpan duit 
untuk masa depan. Papa I pun makan megi je dulu taw,
 sebab nak kumpul duit kahwin. Tapi laling, kena la 
ingat untuk berjimat cermat. Jangan laling merungut
 sebab kos kahwin tinggi, tup-tap-tup-tap, laling pergi 
beli iPhone 4. Haa~~ kalau kahwin nanti lagilah. Jangan
 sengkek kalau anak nak beli coklat Tora Datang
 Lagi Dengan Mainan Pistol Air tapi laling boleh pulak
 pergi beli LCD TV. Apa laling kata, itu keperluan kita
 bersama? Ah, laling sorang je yang akan tengok TV 
nanti. Mesti laling kongker tengok Chelsea main EPL kan….



Laling, kita tak payah hidup kaya raya pun takpe. Kalau 
gaji laling kecik, kita campur dua jadi besar. Tapi jangan
mengada-ngada nak anak ramai pulak kalau gaji kecik.
 Tak termakan diorg nanti. Bukan apa, saya cuma ingat 
kat anak je. Saya dapat makan separuh pinggan takpe.
 Asal anak dapat makan sampai gemuk macam Giant. 
Kalau tak dapat fulfill syarat tu jangan harap nak kahwin
 dua laling!



Cuma ingat laling, cari rezeki halal. Kalau halal, dengan
 perancangan rapi insyaallah laling, kita senang.



Sekian sajalah laling. Hope to see you soon! ^_^





p/s: share drpd cik kiwi..tq cik kiwi..bg cik arnab 
share such a meaningfull entry..hope to see
 u soon also laling...huk2...

Related Posts with Thumbnails