followers

29 Oktober 2010

“Pertandingan 'Header' Tercantik Kali Ke-2”

wah..tetiba cik arnab trtengok n terintai blog alienelliz ni..
mcm dah lm xmsk contest..hehe..so 
skrg nk suka2 masuk contest.. contest header cantik..dah xder keja lak cik arnab ni..wlpun 
header xseberapa cantik, cik arnab nak gak sebok2 kan diri masuk contest nih..hihi.. korang
 nak masuk gak x? lau nak, korang link je kat blog alienelliz n tgk la syarat2 yg 
perlu..simple jer.. so, jom kita meramaikan majlis..hehe..



Pertandingan Header Tercantik!!! 
....Header blog siapa paling cantik, dialah yang dapat hadiah....

...Tarikh tutup penyertaan 6/11/2010...


1. Buat post mengenai pertandingan yang dibuat ni.

2. Pastikan gambar2 dalam post pertandingan ini ada dalam post yang akan korang buat.

3. Letakkan link pada post korang untuk terus ke post pertandingan ini.

4. Tag 3 orang kawan korang supaya diorang tahu akan pertandingan ni...

5. Hantar email kepada : alienelliz@yahoo.com
Pastikan korang hantar namano. tel, dan laman web blog korang.



cik arnab tag org yg paling latest komen kat blog cik arnab.. n da lucky persons would be..
jeng3...





28 Oktober 2010

WEIRD SHOES

Hai semua olam..hari ni cik arnab nak post pasal kasut.. tadi cik arnab guna pakcik google nak cari kasut tip toe macamana..tup2 kuar la kasut2 yg bg cik arnab agak pelik gak..korang ada collection kasut pelik2 ke? lau ada leh share ngan cik arnab..mcm menarik jer tgk kasut2 ni..lau korang la..korang nak pakai x?kasut ni kita kena cari yg sesuai dgn kita kan? yg penting selesa, sesuai dgn jenis function yg ingin dihadiri dan yang utama.. mengikut kemampuan dan bujet masing2..lau lari bujet, xleh la beli menda lain, make up lg, handbag lg..hehe,,,pompuan2.. itu jela yg ada dlm pikiran..shopim3.. bosan!,,hehe sbnrnya suka..haha...so, jom kita tgk jenis2 kasut yg agak pelik, jelik, dan memang lau bg pree pun cik arnab xnak pakai..

mn tapak kat depan ni? mcm kasut xsiap jer..hehe


hehe..kasut jimat kos..hihi.. xsanggup teman nak makainyer..hehe


ni kena bgn awal ni nak pakai kasut ni.. mahu sejam suku awal dr time nak stat enjin keta..hihi


peminat canvas..hehe.. ni terjadi bila korang dah tahap malas giler nak basuh kasut..
so, rajin2 la basuh kasut yer..


uih..payung?haha.. agak2 basah ke tak kasut tu?


mak oi.. kasut ke per benda nih?hehe..model tu sampai xleh bangun, lau bangun kang patah kaki..hehe..teruk tul fenyen sekarang ni


ni fesyen per ek?ni sesuai tuk kaki2 yg der ketuat..mmg xkan nampak lau pakai kasut ni..hehe..



haa.. ni br betul..hehe..cik arnab suka sgt wedges sbb sgt flexi utk dipakai.. bg yg beginner nk pakai heels, korang cuba wedges dulu..bila dah stabil, br amik heels.. cantik kan? yg penting..its pinky!hehe..
 nice n trendy.



18 Oktober 2010

KONVOKESYEN UPSI SIDANG KE 12

Alhamdulillah.. sendawa sbb makan banyak tadi..hihi..dah kenyang baru leh citer panjang2..pertama sekali cik arnab rasa bersyukur sgt..sbb masih lg panjang umo n dapat sambut konvo sama2 ngn kengkawan yang lain..sebaik saje dapat jubah konvo mood konvo sudah mariiii..dalam kepala asyik nak update blog jer..haha.. masa ni la dlm pikiran cik arnab (haha.. aku dah abih belajar, dah konvo da pun , masa ni lah nk tunjuk belang kat pelajar junior, kasi diorg jeles skit..hehe). Best rupanya konvo nih kan, yela, 1st time majlis tu yang diraikan adalah kita, mana x hepi, cik arnab tgk muka kengkawan pun mmg sgt bangga la, dgn pakaian2 diorg yg mantoppp giler, dgn sorg2 sapu make up dan nampak cantik yang luar biasa amat..hehe. masa dalam berarak keluar dari auditorium ke sitc tu, huhu rasa hebat sgt.. b4 this tgk org, tp kali ni, kita lak. masa dalam dewan lak, terkejut gak la sbb perarakan kami diiringi oleh orkestra upsi yg hebat la jugak walaupun kadang2 pitching lari ..heheh.. dgn lagu2 yg didendangkan menambahkan lagi rasa bangga diri ini.. cik arnab biasa2 jer..hehe..low profile, apa yang cik arnab xleh lupa ialah sokongan dari keluarga cik arnab sendiri yang sanggup datang meraikan cik arnab..huihhhhh.. terharu seyh.. mmg terharu.. semua datang.. kakak2 n abang2 sanggup ponteng keja demi cik arnab..hehe.. perasaan pada hari tu, rasa macam dah lesai semua hutang, penat lelah belajar selama nih, terbalas dgn senyuman bangga abah dan peluk cium tahniah daripada ahli keluarga tercinta.. thanks a lot to my bro Mohd Rashdan sbb sudi jadi photographer cik arnab tuk hari convo cik arnab.. you r da best lah. jom tgk gambar yg berjaya di snap..



gantung jubah, berpeluh iron jubah nye pasal

familyku yg cukup supportive i lap u all, very strong, hehe



kawanku yg comel dan manja.. kiri(ana) kanan( naa) hehe.. muah..

amin: mcchik makin lawa dah sekarang..weh amik gmbr ngn cik, kamera dia kamera mahal
hehe.. amin puji xikhlas.

wif my kembar.. my big bro a.k.a photographer cik arnab.. lap u bro..


tgh mencari2 mana family cik arnab nih?masa ni my bro anta msg ckp dia xdpt stay coz ada hal, terpaksa balik skrg.. dlm hati cik arnab dah nak nangeh da..rupa2nya

dah jumpa..ow tipu ya...



bonda dan ayahnda pembakar semangat


danish: mn cik ja ni?? dah lama adik tunggu

kawan yg comey.. ana dan naa


lambung sekuat hati..hehe

muah..kiss congrats drpd sis zee

tq to all of u..



10 Oktober 2010

BUKTI CINTA SEJATI..PHEWITTTT...

Cinta lagi...bosan, menyampah... mmg tu la yg terdetik kat hati cik arnab bila first time tgk title article ni, mcm xmau baca(utk org frust bercinta shj). tapi ku cuba gagahkan mata utk membacanya..tapi bila dah baca rasa nk nagis pun ada gak.. so, korang lau nk baca article ni, kena btul2 concentrate..bukan apa, nk bg feeling tu marii.. tapi mmg hepi sgt lau cik arnab leh dapat cinta sejati mcm pompuan tu dpt.. so, cik arnab pun nak share la ngan korangif korang blum penah baca.. jom baca sama2...
.
.
.
.
.


Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.



Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. ”Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut.




“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.



Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.



“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.




“Siti ada SATU soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”



Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.



Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan. ..



‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.




“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”



“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”




“Siti suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”



“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”



“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”



"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. “



“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”




“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang.”



“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”



“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”



Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.




“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”



Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.




Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini..:)











09 Oktober 2010

LEPAK2 WIF MY GURFRENZ

Minggu ni mggu berkasih syg dgn kawan2 kesygn cik arnab.. kalau je bab hang out ngn kengkawan nih, mmg syok ahh..sbb leh lepas rindu, lepas geram, lepas perasaan kat kwn2 cik arnab ni..hehe.. kwn2 cik arnab ni semua baik2 belaka( weh, aku promote korang dlm blog aku tau.. nanti kuar lg , jgn lupa belanja aku).. cik arnab mmg xsegan silu bgtau problems kat diorg ni.. rs selesa mcm pakai pampers drypers la kwn ngn korang nih..
masni: sedap air aku, cuba ko rasa
cik arnab: fuyo.. mcm nak pengsan aku minum air ko.. seb baik xkoma..haha
ejey: nah, amik ni pi main jauh2.. makan sampai licin..ambik barokat... haha

first time dpt kuar mlm.. muka excited giler..hehehe
 
korang biasa x ngumpat kwn2 korng? haa.. jgn tipu ar.. cik arnab tau.. tapi cik arnab xpernah ngumpat diorg nih(bujet baik yg amat).. biasala, lau kita ada masalah, mesti nk cr someone yg kita leh share kan?selain drps famili kita la kan? haa.. so choose da best n da rite person to become ur frenz.. sbb kdg2 kwan ni mempengaruhi kita.. lau kwn tu suka make up.. mmg lama2 kita akan jinak2 gak la ngn make up nih.. jgn tipu la.. arap2 korang pun dpt kengkawan yg comel n baik cam kwn2 cik arnb ni..

cik arnab puji org lelaki bila berkawan.. mmg diorg kwn btul2.. dgn kwn mmg xberkira langsung kan, ada tu sanggup bagi awek dkt kawan if kwn tu dah berkenan dgn awek mereka..(tu nmnya pendek akallan tu.. yela, dah kita dapt awek yg cantik, pandai yg dah memenuhi citarasa, awat duk bg kt kwn lak.. kang xpepasal duk nangis tepi dinding sorg2)tp papepun, mcmana pun kwn kita.. itu diorg, cubalah jd diri kita sendiri kan.. jgn hipokrit pd diri kita, jgn sombong n bongkak dan cuba terima pendapat org lain pd kita, mungkin kita leh baiki diri kita drpd komen2 org pada kita.. terbaikkkkk!!!

ok, let me introduce my frenz.. lets check their availability..from da back.. yg pakai tudung hitam berbaju merah tu.. thats nomy, bakal guru tu, mmg comel, manja, berkaliber sesuai utk dijadikan menantu mak jah. yang tepi nomy tu, masni.. orgnya kecil molek. cantik, baik, putih gebu., kalau interaksi ngn org tua2, mmg dia yg menang la.. pandai masak gak ni.. single minggel lagi nih..yg pakai tudung kuning n hitam tu blum lg available sbb still belajar lg ok... haa,, yg pakai tudung warna belacan kat depan ni.. yg pakai spek ni, yati nm dia.. dia la pengerusi kelab dan persatuan GILA GELAK BILA JUMPA..hihi..daknye baik sgt.. pandai masak.. hormat org tua, bijak n intelligent, bukan ke sm jer tu?skrg ni ngah wat master ni.. mmg klgn kitaorg pun dia yg paling bijak..hehe.. yg manja2 tepi cik arnab tu nmnya ejey..come? mmg la, amik berkat cik arnab tu..hihi.. yg tu xleh r.. dah ada steady tu..lau bab cintan cintun nih.. dah smpi peringkat phd tu..hehehe.. so lau ada masalh cinta, rujuk la pakar esp ejey..hehehe..


opss... ada sorg lagi..miss pulak nk introduce..hehe.. antara kwn yg paling laku di abad ini.. hehe.. dia la yg paling awal kawin antra kami nih.. so, pe2 hal psl perkahwinan ni, kami rujuk pakar la..hehehe...sarah dah hariz.. suami merangkap pencurik jantung kawan cik arnab nih..hehe.. so sweet kan, dah ada baby pun, hasif nmnya.. comel!

hepi famili



06 Oktober 2010

NAK BELI TP...

Penat 2,3 hari ni asyik kuar aje after balik sekolah..jln jem..roti jer xder..lau x, macam2 perisa dah yg ada..hehe..bawak ibu outing laa.. xder la actually.. kuar beli brg2 yg perlu la..brg dapur..n sambil2 window sopim dgn ibu if ada yg berkenan.. cik arnab rembt la..hehe..

jln2 poie kb mall, tempat plg femes kat kelantan..hihi.. sopim complex plg femes la ..haha.. ada gak benda kelakar yg berlaku.. mn tak nye.. cik arnab ni, takut skit lau parking bwh kb mall, bukan apa, takut keta turun bukit tu masa nak kuar.. habeh laa..masa test keta dulu pun, yg tu gak la xlepas.. mau 2 kali gak test, baru lulus.. ibu dah gtau, xyah la.. cik arnab degil.. konon dah terer la bwk keta..haha.. buat2 muka berani la xnak ibu takut nanti.. masa nak kuar tu, keta naik bukit cam besa la kan, then, sampai kat atas tu, ada keta lak yg nak kuar, alamak... camne ni.. ibu dah kalut.."cik camne ni?" relex2.. aha.. sekali, ibu dah nervous sgt !!gedebushhh!!!!  bukan langgar keta depan.. bukan jugak keta belakang..tapi.. ibu tertolak dashboard keta..haha.. seb baik xtercabut dashboard keta.. hhaha.. cik arnab gelak sakan dgn ibu. lepas tu mulut ibu terkumat kamit hehe.. baca doa selamat...kiki... alar ibu ni, relex suda.. im profesional k..hehe.. hakikatnye cik arnab pun nervous yg amat! hehe..opss..

ada dua benda yg cik arnab nak beli, tp xkesampaian.. huhu.. sbb duit xcukup lg..gaji blum masyukk..huhuhu..

handbag bum..
cantik kan.. xkisah la korang ckp xcantik pum.. old version ke..tp cik arnab suka.. hhi.. nak bli tp.. xpela.. jamu mata dulu..



hp satio sony ericsson..huaa... idamanku..bila lah cik arnab leh dapat nih.. kan besh lau ada org bagi.. lau ada pakwe leh suh pakwe belanja..haha.. byk la angan2 mat jenin cik arnab neh..hihi


01 Oktober 2010

HARGAILAH CINTA

tadi cik arnab ada baca satu artikel nih, so tertarik nak share dgn korang semua.. teka pasal apa??hehee... kali ni masuk mood cintan skit la..hehe.. artikel ni pasal cinta laa..



kalau nak ckp pasal cinta ni mmg xabih2.. mana taknye, selagi manusia wujud kat bumi Allah ni, selagi tu la adanya wujudnya cinta ni, cinta kpd Allah, cinta pada Rasul, ibu bapa....cinta manusia ni adalah cinta utk dialami dan dinikmati sbnrnya.. tapi ramai yg menyalahkan cinta kerana cinta juga la penyebab mereka putus harapan, kecewa, murung dan sebagainya.. hasilnya, ramai yang sudah tidak mempercayai cinta.. termasuklah..hehehe... phm2 la sendiri...

cinta ni dtg dgn bahgia pd awalnya, tp pada akhirnya derita... itu jika kita tidak mengenal cinta yg sebenar la kan.. kalau korang kata korang pandai bercinta tu lain hal la pulak...yang pentng saling percaya..antara pasangan.. xkiralah dah berkahwin or br couple2 ..

betul ke cinta pertama tu paling bermakna??

cik arnab masih igt kata2 kawan cik arnab

 cik.. cinta pertama tu indah, tp ia bukan utk dinikmati, ia hanya sbg kenangan dan pengalamn utk kita

wah.. hehe.. tp bg yg husband adalah 1st love korang mesti korang dah maki hamun cik arnab kan?hehe..

hampir semua orang ada kisah cinta kan?pengalaman cinta pertama.. pengalaman kegagalan dalam percintaan.. gagal dlm cinta pertama jauh lebih sakit drpd cinta yg selepasnya.. ni kata artikel tu la.. bkn kata cik arnab.. cik arnab mn la reti cintan2 nih.. sambung balik..

payah utk memadamkan namanya...wajahnya...suaranya..gelak tawanya...gurau sendanya...kenangan begitu kekal dlm ingtn dan selalu timbul dalam saat yang xterduga..

usah terburu2 utk bercinta, dicinta dan menyintai..sabar dgn ujian dan dugaan yg diterima..jgn takut utk menyatakan TIDAK sekiranya dia tidak menepati ciri-ciri yang kamu idamkan..kamu mahukan..

hargai cinta kita.. mahalkan skit harga dia.. so, nanti jika ada org beli dia akan betul2 menghargainya..


p/s: usah terlalu mudah utk jatuh cinta buat pertama kali, sebab yg pertama ini biasanya lebih menghiris, sekiranya cinta itu tidak kesampaian...huhu...


Related Posts with Thumbnails