followers

20 Mei 2010

hasad dengki

Kita sering mendengar orang berkata "Aaah..pedulikan dia, otak beku tuuu..". Apakah maksudnya? Ia merujuk kepada seseorang yang tak boleh diajar, puas dinasihati tapi masih mengekalkan perangai yang sama. Perangai yang macamana? hasad dengki tak tentu pasal, berkelakuan tidak senonoh, suka menonjolkan diri walaupun tidak kena pada tempat.

cik arnab pernah berjumpa manusia seperti ini. Setengah tu bangga dengan pergi haji beberapa kali namun perangai semakin hari semakin teruk. Kalau diklasifikasikan sebagai pesakit jiwa mungkin juga ada kebenarannya. Hairan kalau direnungi ,kalangan manusia di sekelilingnya ada yang belajar agama bahkan bertaraf guru tersohor pun ada. Kita bersangka baik 'mungkin' mereka telah berhempas pulas menasihatinya. Takkan mereka sanggup membiarkan sahabat mereka terus lalai dan terpesong? kalau mereka tak lakukan sesuatu maka sia-sialah ilmu agama di dada mereka dan mereka juga terpalit disoal oleh Allah swt kelak.

Soalnya kenapa sesetengah manusia berkelakuan begini? Besar kemungkinan ialah tidak menjaga makanan. Kerana hendakkan projek terpaksa merasuah orang itu orang ini misalnya. Ini akan mengakibatkan hati menjadi gelap dan apa yang dibuat dirasakan betul. Dia lupa hidup hanya sementara dan setiap amalan dicatat malaikat setiap masa. Kelak bila mati barulah tersedar dari tidur. Ketika itu peluang untuk meminta maaf sudah tiada. Maka terkapai-kapailah di Padang Mahsyar mencari orang yang telah dikhianati, difitnah , dicercanya untuk meminta maaf.... bukan sekejap, bahkan ribuan tahun. Moga Allah memberikan hidayat kepada mereka seperti ini..

p/s: dan moga cik arnab dan family dijauhkan sifat dan sikap begini..

2 ulasan:

soffya cik bulan berkata...

PHD...byk berlaku..jgn berhasad dengki..buruk pdhnya...:)

m-c-C-h-!-k berkata...

yup, sokong sgt2.. jgn dengki dgn rezeki Allah.. kerana Allah itu maha Adil.. dia akan bagi rezeki pada hambaNya dengan seadilnya

Related Posts with Thumbnails