followers

29 Disember 2010

BETUL KE BOYFRIEND KAMU SYG KAMU?

Cik Arnab malas nak wat entry baru so cik arnab pun buka la satu laman web ni, mesti korang pun pernah bukak kan? blog tentang cinta ni memang best, cik arnab selalu gak ikuti dulu2..hihi.. skrg.. x sgt sbb bz..hihi.. tp malam ni rasa mcm nk tgk plak, saje releks2 otak skit..for more information korang leh layan blog tentang cinta ni.. cik arnab ada baca artikel ni, so nak share ngn korang.. sweet sgt n just the way i like ..for my future laling.. hik2..ngada2 cik arnab ni.tapi cik arnab rasa artikel ni terlalu memuji lelaki sgt, so jom kita ubah skit..hahaha..jom layan..


Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.
cik arnab: ada ke lelaki nak nanges lg tuk pompuan..haha.. mesti kontrol macho xnak nangeh..lau nangeh pun dlm bilik air,..kiki


Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.
cik arnab: lelaki skrg mn der nak susah sm2.. biasa nak senang je, yg susahnya kita kaum pompuan ni, selalu dibuli diorg..nak copy paste jer kejanya..haha..berdikari la skit wahai lelaki


Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.
cik arnab:haha.. xder maknanya.. diorg jer nk suh hati diorg terhibur..hati kita diorg jaga kejap jer, time nak ngurat tu, bila dah dpt,hihi, xde makna nak wat korang terhibur selalu, hati2 ek gurls.


Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.
cik arnab:ada ke lelaki suka bg nasihat? rsnya xbyk kut.. biasanya diorg akan ckp" u buat la pilihan yg terbaik" biasanya tu jela nasihat paling hebat drpd diorg..hik3


Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!
cik arnab: cemburu? xkut.. diorg akan cakap" i xsuka cemburu n i xkan kongkong u..haa.. tu maknanya diorg mmg xkesah pun kat korang..hihi..korang cari je yg lain k..hihi


Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!
cik arnab: mana ada lelaki bimbang akan kehilngn.. diorg leh cari penggnti dlm masa terdekat,percayalah..


Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..
cik arnab:sape suh korang cite? haha.. buat xtau jela..hihi.. tp bagus la laki tu lau sentiasa curiga kat korang, tp lau terlalu2 n sangt2 curiga, xleh gak


Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.
cik arnab: so, lelaki pun perlu menjadi pendengar yang setia utk kaum hawa jgk, kami perlukan anda utk mendengar bebelan kami.hihi


Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.
cik arnab: lelaki manja? hihi.. biasanya lelaki manja ni lelaki lembut, lelaki mestila macho.. matured..


Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!
cik arnab: xkan, teman lelaki jadi org yang terakhir, kawan korang dulu yang akan tlg korang.. 


Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.
cik arnab: lelaki akan hepi sbb dgn tiadanya korang hidup mereka akan bebas..yabedabedo0o..hihi..lau line fon xder lg bagus bg mereka.


Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.
cik arnb: biasa pompuan yg akan tanya "u syg i x" lelaki akan jawab "ni dah masuk kali yang ke 239 dah u tny, brp kali nk tny?"..huhu sian pompuan..


Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
cik arnab:lakonan semata2..jgn percaya dia letak eyemo


Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.
cik arnb:erm.. yg ni maybe btul..dia akan mementingkan diri kamu lebih drpd dirinya jika dia sayang kamu..love u more than u love him




p/s: sumbangan pendapat drpd housemate yg otak gile2..hihi

28 Disember 2010

ANA MANYAK FENIN

Aduh2.. manyak fenin ana punya kefala.. mana tak nyer.. baru pas meeting tadi pagi, esok meeting lg.. manyak btul benda yang kena buat.. pegang jawatan tu la, ni la, dah la 27 jam seminggu..fuhh... pegang guru kelas, cikgu PBSM, cikgu badminton walaupun cik arnab xpandai badminton..hihih.. jangan terlambung raket bandminton sudah.. haha.. igt dulu masa kecik2 selalu men badminton gak ngan sepupu, lau kalah jer mesti nangis sbb selalu nak menang.. lau main badminton mesti sakit kat lengan kan, mmg gitu.. ada org kata lau dah main sekali mmg kena main selalu, bila dah besar lak dah xsuka main badminton, suka tgk org main badminton jer, terutama hafiz hashim..hehe..

yang paling hebbat nyer, cik arnab kena jadi panitia SAINS!!! haha.. dah la xsuka sains.. masa sek men dulu sains bukan subjek peberet..cam ne nak kasi dak2 minat subjek sains nih?dulu lau kat sekolah, suka sgt memilih subjek, minat math sbb cikgu yang ajar math tu hensem..hihi..bila dah form 4 dan form 5 suka math sbb cikgu berkaliber yang ajar math.. so, cik arnab nak kena jadi cikgu berkaliber ke cikgu hensem ni nak suh budak minat sains??hihih...

yang penting cik arnab nak jadi cikgu hebat... cikgu cool dan cikgu sporting..oh yeah..

24 Disember 2010

PELIK SANGAT KE NAMA BLOG AKU NIH

Yuhu korang semua cik arnab nak join segmen yang dianjurkan oleh Ben Ashaari iaitu PELIK SANGAT KE NAMA BLOG AKU NIH ? .yang telah dijemut  di jemput oleh kiwi. tq kiwi sbb sudi tag cik arnab.. walaupun dah lm dah kiwi tag cik arnab.. tq a lotss sbb sudi singgah blog cik arnab baca entry2 yang ngada2 tu semua..hihi.. ok, so cik arnab telah diberi mandat untuk menjawab beberapa soalan untuk menyertai segmen ini.. bab yg jawab soklan ni lemah skit nih, tp cik arnab torai  try la..antar soklan yang mencabar minda cik arnab adalah:

1.Sila ceritakan dari mana korang boleh dapat nama blog korang tu.

cik arnab.. entah, tiba2 terpikir nak buat nama tu, ok2, sbb nyer cik arnab kan lahir tahun arnab, so sbb tu cik arnab wat nm tu, tp kan, lau cik arnab lahir tahun lembu tak kan cik arnab nak kena tukar nama cik lembu? eh?? cam xbest jer bunyi..seb baik lahir tahun sempena binatang2 comel..hihi (lau ikut kalendar cina)




2.Apakah maksud disebalik nama blog korang ?

ada maksud, cik arnab masih mencari dan menanti  encik kura2 yang lambat tiba di garisan penamat.. entah la sape encik kura2 cik arnab tu.. i'm waitin for u laling..hihi




3.Siapa orang kuat blog korang tu

orang kuat orang bina badan la, makan telur satu sarang tu 3 hari je..okey, seyes tipu.. orang kuat???hurmmm... mestila kiwi sbb dia pun selalu terjah blog cik arnab.. n member2 serta para blogger2 tegar yang sanggup membazir masa, tenaga, letrik tuk ngadap blog cik arnab nih..temkiu guys!



4.Angan angan terhadap blog tu

tak nak la sefemes hanis zulaikha dan ijaicool  tapi cukuplah sekadar belog ni dapat menjadi tempat luahan hati kecil cik arnab a.k.a aktiviti cik arnab..hihi




5.Kalau nak tukar nama blog , korang nak tukar nama apa?

tak nak tukar kut.. dah ok da rsnya.. setia pd yang satu kan, chewah..hihi




6.Kalau berkemampuan , korang nak iklankan blog korang tu kat mana ?

kat tv siam..hihi.. siaran langsung..kiki



7.Blog yang pastinya wajib korang singgah setiap hari .. Satu je yeer ..

blog kiwi n satu blog yang cik arnab memang kompom baca iaitu blog ijaicool..hehe.. best, mesti selalu gelak2 lau baca..hik3




8.Sila lengkapkan .. SAYA SUKA BLOG SAYA KERANA daripadanya saya mendapat kepuasan yang lain daripda yang lain! [tidak lebih 20 patah perkataan].

saya suka blog saya kerana itu blog saya, directornyer adalah saya..its my world then, who cares?hihi







so, dgn penuh istiadatnya, cik arnab menjemput semua rakan2 blogger utk join segmen nih..jom meramaikan majlis..

21 Disember 2010

PERISTIWA DALAM TRAIN

Entry skrg asyik pasal jalan2 jer.. mentang2 duk kl, hak2.. bukan per, bosan tau.. sambil2 jalan2 perabih duit yg mmg dah nazak nih, boleh la bersenam, kuruskan badan. agak pelik sebenarnya dengan orang perempuan ni kan, kalau jogging, bersenam, memang malas yang amat, tapi.. kalau bab window shopping..haa...mata yg ngantuk tiba2 jadi bulat n besar yg amat bila tgk ada sale handbag gucci, coach kat shopping mall..tapi, kalau shopping dgn dak laki, mmg diorg kalah sbb diorg xsuka window shopping, malas jalan la tu. dak laki ni lagi prefer jogging drpd jalan2 shopping. lau dapat suami yg kaki shopping, alamatnya xkaya sampai bila2 la cik arnab. asyik duk perabih duit jer,hihi... haishh.. semalam kitaorg(cik arnab dgn kak dilla a.k.a cederarella)tinjau2 pemandangan kat midvalley, so, dgn bantuan,dorongan serta sokongan yang amat jitu dan padu daripada kawan kitaorg yang sudi menumpangkan kitaorg ke bandar tasik selatan iaitu abg khairil(ahaks..tetiba panggil abg,,opss.. dia dah tunangan org ok..cik arnab..p main jauh2).kitaorg pun naik komuter kat bandar tasik selatan. so, masa naik ktm tu, ada la situasi yang cik arnab bangau skit..eh, silap.. yang bengang skit..jom layan...

.
.
.


SITUASI 1
 Korang pernah naik ktm kn? pernah tau x yang coach ke 2 tu di KHASkan(siap capslock lg tu..penting ok) untuk golongan wanita sahaja.. tidak termasuk dgn golongan yang berlagak wanita, berpakaian ala2 wanita dan sebagainya.. so, kalau korang xreti baca, korang akan dengar masa b4 train tu datang, ada suara pompuan yg akan bagitau "kepada sek2 jate..jange duk gelenyar masuk gerobok nombor duo..wak tu sek2 tino jah buleh duk situ.pehe ko dok?"..tu kalau translate dlmdialek kelantan la.. tapi lau dalam bahasa standardnya dia bgtau yg coach@ gerabak kedua tu utk wanita sahaja. tapi apa yang cik arnab kesalnya, ada gak golongan adam yang dengan muka selamba ghadak@badak@muka wat derrrkkk jer yang duk berebut2 nak masuk coach yang kedua tu dgn cik arnab..hai cik abang oii... awak tu lelaki.. lau la cik arnab leh jadi doraemon, nak ugak cik arnab pijak2 kepala dia..cik arnab siap buat jelingan maut lagi kat dia, suh dia paham skit..anda tidak diperlukan disini ok.so, utk kaum adam, pliss..take note ok.. taula xnak berpisah dgn makwe, bila dah makwe masuk coach pompuan jer, jgn la kamu pun ikut sama..yang si makwe lak lau nak duk berkepit dgn pakwe kesayangn tuan hamba tu, xyah la duk masuk coach pompuan jer..itu pun nak kena ckp ker..hihi..

.
.
.


SITUASI 2
 Yg ni actually bukan peristiwa bengang tapi peristiwa sedih dan lucu skit2... nape sedih? ok, ada sorang minah ni..minah? sian dia cik arnab panggil minah, ok la, tukar nama, cik siti.. dia ni pun duk coach 2 gak, sama ngan cik arnab.. mula2 dia masuk train tu, kat tgn dia ada satu plastik berisi dua jajan@ keropok@'cak kedis' perisa udang mami mami.., pastu kat tgn kanan dia ada bebola ketam yg 3 biji seringgit tu la, tapi tinggal lagi satu yg belum di makan..pastu kat tgn kiri  dia ngan cakap fon sambil memikul beg sandangnya.. mula2 ok, tapi selepas 1 minit, tetiba.."hah!!! sama la tue!!! dgn kuatnya dia cakap dan menyebabkan cik arnab tersentap..hihi.. so, cik arnab macam rasa nak menghayati lak perbualan telefon dia, pastu dia ckp "em..yer..saya tau.. saya cuma xleh terima semua ni" pastu tiba2 bergenang air matanya..cik arnab tau, mesti ngah ada problem dgn pakwe tu.. satu coach tu bunyi dia sembang kot..punya la kuat.. dan semua mata tertumpu ke arahnya..sambil mendengar srottt...srettt..sroottt dia menangis..pastu dia cakap lak "ok..sy paham" lepas tu dia letak fon.. cik arnab ingat dia nak continue nangis rupanya dlm continue nangis tu, sempat lak dia makan bebola ketam yang tinggal satu lagi tu kat tgn dia..hihih... yela kan, rezeki jgn ditolak..hik3.. ingt dah xder selera nk mkn tadi..lucu2..

.
.
.


SITUASI 3

part yg paling best sgt bila dapat chance peluk teddy bear yg besar tu..huhu.. wish dpt peluk tiap2 malam jadikan bantal golek..hihi..bantal peluk la..xperla..dah dpt peluk kejap pun dah kira ok..hihi ..peace!

  saya nak teddy ni..pliz2..seb baik xbawak balik..hihi


hihi...dun be jeles

kak dila pun layan gak..igt org brutal xlayan teddy bear..hihih


let it snow baby..

giant teddy bear..yeah



cik arnab di alam teddy bear...

comey kan?suka tgk mata teddy ni..cute sgt!


p/s: tetiba teringat mamat kat bus stop..hihih.. kak dilla kena ngurat..hihi

13 Disember 2010

DUET DGN ANNA RAFALI..OH YEAH!

Wah... kali ni cik arnab excited giler nk tulis entry...opsss.. sampai lupa nk bg salam kat korang semua..hihi..ok2..assalamualaikum rakan2 blogger tersyg.. hihi.. nk tau aktiviti terbaru cik arnab? cik arnab pergi jom heboh!!haha....per kes cik arnab nak heboh kat sini?? well2.. hihi.. cik arnab nk gtau korang yg cik arnab duet dgn anna rafali dowh!!hihih... bangga+ terharu +excited!..mcm poyo sgt entry kali ni kan.. but who cares??..


actually, ramai artis yg cik arnab jumpa.. seriously diorg memang cantik dan sedap mata memandang, korang pernah tgk jue aziz kn? dia cam chubby gak kan dlm telebisen? tp yg cik arnab tgk, dia mmg comey n kecik molek..kulit dia lak halus jer,, yg penting gigi dia cantik,


cik arnab: jue, toleh sini sat..hihi
jue: hai cik arnab!(ju pun baca blog cik arnab ker?(hihi..poyo jer)


extrange!!!haha.. cik arnab sama tinggi je dgn rich..sambil2 tunggu nak test drive alza kat booth perodua..hihi... meramaikan majlis je ni..hihi..hensem la drumer kat blkg tu, nm per ek? lupa r

eira syazira yg sgt kurus cendekiang! bak kata org kedah..haha..ntah btul ke x title yg cik arnab bg tu, tp seyes, eira ni kurus..teringat lak lakonan dia yg suka membebel dlm citer ngangkung n slot akasia yg dia berlakon jadi pemungut kelapa sawit.. cita per ek? asmara ini? jimmy asmara? asrama? ntah la..luper..hihihih

hihi..this is act, da pic dat i wanna show u all guys..hihi.. jeles x?haha.. alar, xnk ngaku la tu. dlm hati korang jeles kan3?hihi

cik arnab: anna..pandang sni jap...
anna rafali:..peace !!
kak dila: berani nyer cik arnab!

a simple conversation wif her

anna rafali: ok2 u guys, sapa yg kat cni volunteer nak nyanyi dgn i?lagu tlg ingatkan aku?

cik arnab: me2!! of course(dgn xmalunya angkat tgn.. semua mata dah tgk cik arnab..hihi.. lantak lah, at least i dpt duet ngn u kasi u smgt skit nk final juara lagu ni..kiki)

abg pegang mic kat tepi :ok, kita dah ada volunteer(sambil pandang sinis jer kt cik arnab n bermonolog dalaman.. "boleh caya ke budak ni??")

anna rafali:u bleh nyanyi da whole song?

cik arnab: i xingt sgt lagu ni, can u sing wif me anna?

anna rafali:ok2..i nyanyi part first then u continue wif da chorus ok?

cik arnab: ok2...

anna rafali:ok2..i nyanyi part first then u continue wif da chorus ok?(mula petik gitarnya yg bernama martin..teng..ting..tweng..konon bunyi gitar dia la tu, kasi real skit..hihi)..start nyanyi..

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

cik arnab: ok2..part cik arnab..

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

haha..3 baris je nyanyi, rasa mcm 3 lagu..hik3.. ntah paper je cik arnab ni..hahahaha.. biarla..sebok je korang ni..dah2..jgn gelakkan cik arnab ok..hihi..rugi tul xleh amik video..kak dila, u make me frust u noe..huk2..tp xper la..i really enjoy singing wif u anna.. oh yeah





anna sedang memetik n mencari not gitarnya sambil cik arnab pose ngada2 kat tepi..hik2

anna: ok..its ur turn now..


anna&cik arnab:sing together,,

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

gambar ni yg xsepatutnya ada dlm blog cik arnab ni, hehe.. xpela, kasi can k.dila..

kak dila: akak xpernah serapat ini dgn artis tau cik arnab
cik arnab: ?@!#@$.. ayat buku rujukan la akak ni, hehe.. xper2 cik arnab dah kasi can tu..layannnn


wut eva we do, wherever we go, just be urself..! enjoy ur day guys!!!!

11 Disember 2010

SUrat dariPada seoRang gadis kepada fUture hUsbaNd....=)

Kehadapan bakal suamiku (harap-harap ada satu saja kamu).


Oh, Laling (boleh saya call kamu laling kan?)



Laling, saya tulis ini bukan sebab saya sangap nak kahwin 
laling, walaupun biological clock saya dah tik-tok-tik-tok
 –kesha dah dengan saya ni. Bukan juga untuk 
menyindir dan meletak syarat tinggi2 ala puteri 
Gunung Ledang laling, tapi nukilan ini hanya
 semata luahan hati saya.



Oh Laling (chewah geli pulak dah ni)



Laling, I hope time I jumpa you nanti, you dah bersedia
 nak settle down and kahwin. Wah laling, geli you baca
 statement I kan? Tapi laling, I tak suke couple-couple.
 Couple dua tiga empat lima tahun pun, last2 putus 
jugak. I tau laling, ramai lelaki ni couple sekadar
 nak melepas kesunyian je(berdasarkan survey).
 Maklum la kurang kasih sayang dari mak. Tapi 
tanggungjawab tak ada. Paling tak best kalau yang 
mau geli-geli aje. Eee tak suka la laling! Tambah
 dosa je tau kapel ni.



So kalau kita jumpa nanti laling, tapi saya jual mahal, 
laling jangan marah tau. Kalau saya tak boleh dating
, you mesej saya dalam Facebook pun tak pe. 
Jangan mesej2 gersang sudahla! Saya report sama
 itu Mark Zuckerberg!



Oh laling,



Kalau nanti saya first time jumpa laling saya tanya dah 
Solat Subuh ke belum, laling jangan marah tau. Wajib tau
 laling saya ni tak tinggal solat. Saya tengok rakan-rakan
 saya selalu merungut pakwe die tak bangun pagi. 
Hantar mesej “good morning” pukul enam pagi haram
 tak balas. Ring-ring telefon die tiga empat minit pun
 tak angkat. Last-last pukul lapan baru mesej macam
 orang mamai “sorry sayang, I baru bangun…makan jom.”
 Ohh!! Tampar laju-laju! Okeh laling, nanti kalau 
dalam proses mengenal diri saya miscall-miscall pagi2
 laling tak angkat…siap laling!



Pastu laling mesti tau Imam kan solat. Paling tidak surah
-surah Juz Amma pun jadilah. Qunut pendek Qunut 
panjang dua-dua mesti tau. Ye la, bukan ke kahwin ni 
macam bina masjid. Mana ada masjid boleh fungsi 
kalau takde Imam? Laling kata macamlah saya tak
 pernah tinggal solat? Eh, of cozz la saya tinggal solat
, saya kan perempuan. Kikikiki…



Oh laling,



Kalau awal-awal kahwin nanti saya masak tak sedap 
laling jangan marah ek. Biasa la, sebelum ni masak untuk
 mama and papa je. Dah diorg suka garam banyak
 tu, minyak banyak ni. Tup tap laling kata banyak 
sangat pulak. Laling, nanti laling tegur la baik-baik. 
Kata “masakan sayang sedap, lain kali kurang skit garam 
je.”. penat tau saya masak.
Jangan pulak asik2 makan kat luar sebab saya masak
 tak sedap. Paling kurang pun bagila buku reispi sebuah
 dua untuk hari jadi. Takpun periuk nasi Faber atau
 Elektrolux. Ni tak, asik-asik lupa je tarikh hari jadi
 dan hari anniversary kita. Sedih tau kita. Time ni la 
saya tunggu laling balas segala jerit perih saya masak dan
 jaga anak laling….



Oh laling,



Tau nanti tak lama lagi bila kahwin laling mesti mau
 anak. Kalau boleh satu pasukan bolasepak laling nak kan?
 Ye la, nanti boleh la jemput Chelsea datang KL buat friendly
 match! Anyway laling, I on je (wah terkejut kau!).
Tapi syaratnye laling kenalah tolong-tolong kemas
 rumah dulu, handle lampin anak sama-sama, paling 
kurang tolong hidang apa yang saya masak. Penat laling? 
Saya pon penat gak. Laling pikir, kerja saya 8-5 hari-hari.
 Balik rumah terus masak makan malam, tukar lampin
 anak kemas rumah, cuci pinggan, basuh baju…lepas tu 
kena layan laling pulak. Heisss…kalau kurang layan
 laling nak jadikan tu alas an pasang dua pulak!



Senang-senang laling, kita upah bibik sorang. Takpe laling,
 I bayar separuh you bayar separuh. Yang penting kita 
bahagia…ke laling bahagia?



Oh Laling,



Kalau nanti you jalan-jalan dengan I (of cozz lepas 
kahwin ok), laling jangan la malu nak pegang tangan.
 Ni saya tengok, pasangan suami isteri, suami jalan depan,
 isteri jalan punyelah kat belakang dengan anak-anak, 
laling. Paling tak best couple-couple muda remaja lalu 
sebelah boleh pulak bermesra-mesraan. Tangan tu 
lekatttt je kat pinggang ok.
Laling, kenapa kita tak boleh macam tu? Malu ke 
laling? Saya tengok suami Arab boleh je pegang tangan
 bini dia. Bini kemain purdah lagi.(of coz I taktau camne
 rupa bini die. Kot rupe cam Salma Hayek tak tau la).



Dan laling,



Kalau laling tengok awek-awek cun depan mata jangan
 la laling sweet-sweet jelling-jeling pulak. Kalau laling 
type yang gatal depan-depan saya laling pi usik dia
 lagi. Amboi laling, laling suruh saya pakai tutup aurat 
segala jadi wanita muslimah, tup-tap bila laling keluar
 dgn saya laling pi tengok yang baju singkat macam 
Fasha Sendat. Apa laling kata? “dia pakai macam tu
 laling tengok la?” Laling, dia pakai macam tu dosa dia
 dengan Allah aje. Tapi bila laling tengok laling pon
 tumpang dose sekali. Laling nak? Laling kata laling tak 
boleh tahan diri dari tengok? OK laling, next time kita 
keluar saya pakaikan blindfold ya. Dapat jugak
 pahala saya menghalang zina mata. Hihihhiihhi



Laling,



kalau you betul, betul sedia, I tunggu you lama-lama
 pun takpe. Maklum la I tau payah nak simpan duit 
untuk masa depan. Papa I pun makan megi je dulu taw,
 sebab nak kumpul duit kahwin. Tapi laling, kena la 
ingat untuk berjimat cermat. Jangan laling merungut
 sebab kos kahwin tinggi, tup-tap-tup-tap, laling pergi 
beli iPhone 4. Haa~~ kalau kahwin nanti lagilah. Jangan
 sengkek kalau anak nak beli coklat Tora Datang
 Lagi Dengan Mainan Pistol Air tapi laling boleh pulak
 pergi beli LCD TV. Apa laling kata, itu keperluan kita
 bersama? Ah, laling sorang je yang akan tengok TV 
nanti. Mesti laling kongker tengok Chelsea main EPL kan….



Laling, kita tak payah hidup kaya raya pun takpe. Kalau 
gaji laling kecik, kita campur dua jadi besar. Tapi jangan
mengada-ngada nak anak ramai pulak kalau gaji kecik.
 Tak termakan diorg nanti. Bukan apa, saya cuma ingat 
kat anak je. Saya dapat makan separuh pinggan takpe.
 Asal anak dapat makan sampai gemuk macam Giant. 
Kalau tak dapat fulfill syarat tu jangan harap nak kahwin
 dua laling!



Cuma ingat laling, cari rezeki halal. Kalau halal, dengan
 perancangan rapi insyaallah laling, kita senang.



Sekian sajalah laling. Hope to see you soon! ^_^





p/s: share drpd cik kiwi..tq cik kiwi..bg cik arnab 
share such a meaningfull entry..hope to see
 u soon also laling...huk2...

07 Disember 2010

JOM TENGOK NGANGKUNG!



Korang semua jgn jeles…hehe cik arnab dah tgk ngankung(hehe.. sbnrnya, semua org dah tgk, cik arnab je yg x up to date)..best la filem ni, aper yg cik arnab leh bgtau korang, filem ni kelakar yg amat, cik arnab gelak memanjang jer tgk citer ni, mmg release tension lah,.. so, tuk korang yg ada problem dlm percintaan especially, jom g layan citer2 kelakar kat panggung.. mesti korang Berjaya lupakan masalah korang tuk smentara waktu. Hehe… naper xtgk citer omputih?? Haa.. ni yg cik arnab xsuka korang ni, asyik nak membanggakan filem luar Negara jer, pastu sape nk angkat martabat filem melayu kita? Hehe.. xdelah, mmg cik arnab pun selalu tgk citer omputih, tp jrg2 skali aper kata Korang cuba tgk filem2 anak melayu kita, xsalah pun, n xjatuh pun martabat korang tgk citer ni, hihi… part yg paling best dlm citer ngangkung ni part yg tasnim ngan bini dia, putri mardiana time hantu tu dtg umah diorg..hahaha.. siap diaorg leh wat long conversation lg, seb baik xberkenalan dgn hantu tu..hehe..kwn cik arnab, cikgu alias pun dah tgk citer ngankung, part yg dia paling suka part yg awal2 tu..hehe.. part tu sensored skit nk bgtau kat cni, papehal, korang g la tgk sendiri yer..puas hati, hehe..


Org kata tgv lg best dprd gsc..btul ke? Cik arnab layan jer, tp kat pavilion pun best, xrmai sgt org ke sana, haha..tgk wayang jela kt sana, shoping? Haha.. duit ada doploh hengget, shopim kebenda?hehe… jln2 cuci mata n cuci tgn jela..hehe…masa jln2 tu, ada gak la terserempak dgn artis2 kebanyakn.. hehe.. zul 2by 2 dgn isma af.. comey gak isma af ni, kecik jer orgnya, dlm telebisen nmpak demuk, tp kat luar, comel lotey jer..lau cik arnab jd artis, mesti xmuat telibisen tu gmbr cik arnab..hihihi… cik arnab ternampk red box karoke..jeng2… aura tu mari.. dah lama tul xkaroke..teringin pulak nk pegang micropon..hehehhe… tetiba lak jumpa ngn artis ni, so snap jela, amik hati dia,,g pun dia macam nak amik gmbr jer ngn cik arnab, so, xnak mngecewakan dia, cik arnab snap la satu pic..hehe.. jgn maraa aa…

wif erin malik(lepas snap pic br tau nama dia)...
cik arnab: btul ke u kapel ngn hafiz af?(haha.. ntah paper jer soklan cik arnab..)
erin: dgn muka blur n muka kontrol.."eh, mn der u"

from upstairs..

lurvie...hehe

giant hand


who cares??

where am i?

on the right, abang sepupu k.dila.. tq belanja kitaorg wayang, makan n so on.. jasamu ku kenang.. nanti mai dpt gaji mai belanja abang lak yer..

k.dila.. relexs nampak.. jap g dtg pak guard marah


bukti mai pavilion..hik3


p/s: sepnjg citer, paling xthn tgk muka shaheizy sam.. muka  nerd dgn gaya cakap xder perasaan langsung..haha

03 Disember 2010

ADA APA TENTANG KEDAI MAMAK?





Machaa..roti canai onne!!!!!haha

Assalamualaikum kepada semua rakan2 blogger yg cik arnab kasihi (jawab weh, xjawab dosa).. wutss up ya?? hari ni baru cik arnab leh menatap blog kesayangan ni..2 minggu ni cik arnab bz ngn sekolah baru, yela, org baru mesti kena buli, kena wat kerja kan?kami semua 7 org yg dpt kat skul ni. tp dah jadi 6 org sbb salah sorg drpd kitaorg dpt job yg lg beshhh drpd cikgu.. hehe.. lau cik arnab jd dia pun cik arnab pikir byk2 gak.. so dah jadi 6 org la.. 2 pompuan, 4 lelaki... skul baru kami ni baru 1st time dpt bilagn cikgu lelaki yg rmai.. al maklumla skul pompuan kan..hehehe.. awal2 CHE PO( gelaran sempoi cik arnab pada pengetua skul cik arnab) dah warning cikgu2 laki cmne diorg nak face students pompuan skul kami nih..heheh.. alar..takt it easy man.. cik arnab pun skul pompuan jer.. so, i know wut to do la actually..hehe.. siap la korang cikgu laki..haha.. well2..

Tiap2 hari kitaorg kena p skul..kiranya ada 9 org la semuanya... 6 org yg baru, plus 3 org senior kitaorg..dak2 DPLI.. "meriahla skit bilik guru ni" bak kata k.ina(senior) so, pape hal pun, 9 org ni lah buat setakat ni.. cik arnab selesa kwn ngan korang sbb korang best n sempoi.. so, hopefully kita kawan selamanya.. kan2?

Time lunch hour, kami kuar makan, tapi pilihan hati cik arnab mesti kedai mamak.. nape? haha... cik arnab ni  minah hindustani..hehe.. opsss..bukan bermakna i minat mamat2 india ok.. no way..haha..kesian lak ngan sorang kawan cik arnab ni, zulhilmi nmnya.. mmg dia xsuka dgn kedai mamak katanya ada peristiwa silam yang menggamit memorinya..haha.. so kitaorg decide supaya zulhilmi xcerita benda2 yang akan membuat kan kami loya dan xmakan2 kat kedai mamak tu..haha..

Korang pernah makan kat kedai mamak x? of course pernah kan? per yg korang suka ngan kedai mamak?erm.. lau tny cik arnab, cik arnab suggest korang mai dtg cni dtg kedai mamak kat umah cik arnab ni..nape??hehe.. antara sebab2nya

  • layanan dia marvelous..korang perasan x lau korang masuk kedai mamak? memang diaorg sambut kta bagai nak rak kan?lau boleh ada kapet merah tu, maunya diorg nak tebarkan tuk kita..haha
  • pastu diorg akan cuba suggestkan kita meja2 yg ada sebagai pilihan yg tepat lg jitu bg kita walaupun dlm hati kita kata.."pehal mamak ni..suka ati aku ar nak duk mana..yg ko duk ngikut aku ni pe hal?"haha..tp last2 kita akan duk tempat yg dia suggest gak sbb kat kedai mamak mmg ramai org, so xder masa kita nak pilih tempat g menjadi port baikkk kita utk permandgn yg kita ingini..
  • senyuman..lau korang perasan, mamak2 ni punya gigi yg putih,yela sbb diorg dah hitam, mesti nampak gigi jer..kompom gigi diorg nampk putih..diorg akan dgn bangganya menunjukkan barisan gigi diorg kat kita, so kita kena pastikan celah2 gigi kita xder lada or pape yg boleh menjatuhkan reputasi kita.hihih..
  • service.. memang cepat, lau korang dah tahap kebulur yg amat, baik korang kedai mamak jer sbb gerenti perut korang xbunyi lagu2 metalica, maybe lau bunyi pun just lagu2 asli jer.. haha..
  • bujet x lari..lau pergi kedai mamak, mesti pergi ramai2 n lepak2 kan? so hal ini akan memberi bonus mark pada anda yg nak save bujet.. nape?? coz lepas diorg hantar korang makanan, diorg akan tanya "kira asing ka skali?"so korang cepat2 ar cakap.. asing macha.. nanti dia akan bagi korang kertas kecik yg tulis harga makanan korang..lau kat kedai lain, korang mesti pikir nak bangun paling lambat kan? sbb sape yg bangun dr tempat duduk paling awal, dia lah yg kena belanja kow2..hehe..secara xlangsung, korang dah xperlu fikir mcmna cara nak jaga hati kwn2 korang yg selalu ckp korang ni kedekut..hehe
hehe.. lau korang ada pengalaman makan kat kedai mamak, jom share.. leh tukar2 pandangan..hehe.. feveret cik arnab lau g kedai mamak... roti canai sardin ngan teh tarik... beshh...
Related Posts with Thumbnails